Misi Kemanusiaan Afghanistan Capai Matlamat

1218

KABUL – Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia telah berjaya mencapai matlamat, melaksanakan program pemulihan (rehabilitation) kepada mangsa gempabumi dan pasca perang di Afghanistan.

IMG_20151118_083502Menurut Ketua Misi, Haji Jamiluddin Elias, ia terbahagi kepada tiga objektif yang telah dipenuhi iaitu memberikan bantuan makanan, melaksanakan program rawatan percuma melalui kem-kem perubatan dan melancarkan program usahawan kecil yang akan berlangsung secara berterusan.

Katanya, Misi yang berlepas ke negara Asia Selatan itu pada 10 November lalu adalah dengan kerjasama diantara beberapa NGO dari iaitu Muslim Care, MAPIM dan Haluan.

Beliau berkata, Misi tersebut tidak akan mencapai sebarang kejayaan tanpa sokongan dannkerjasama dengan beberapa NGO tempatan seperti Jamiat-e-Islah, Persatuan Khidmat Kemanusiaan (Humanitarian Asisstance Society – HAS) dan Pertubuhan Perubatan Islam Afghanistan (Afghanistan Islamic Media Association – AIMA).IMG_20151118_083414

Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada sukarelawan dari beberapa NGO Malaysia dan usahasama NGO di Afghanistan, kita berjaya matlamat Misi pada kali ini,

“kita telah mengagihkan sebanyak 10,000 kilogram beras kepada 400 keluarga di Badakhsan, setiap keluarga mendapat 25 kilo dan di Jalalabad sebanyak 1,500 kilogram beras kepada Pusat pendidikan Iman Abu Yusof,

“Disamping itu, kita telah menyerahkan USD 3,000 bagi membaikpulih rumah dan bangunan yang rosak sebahagiannya,”ujar beliau.

Selain itu, Misi Yayasan Amal Malaysia juga katanya, telah menyerahkan kepada HAS sebanyak RM 22,000 kepada pihak HAS bagi mengusahakan sebuah bengkel bagi mengeluarkan ‘bata simen’ untuk projek jangka panjang.IMG_20151114_132524

Oleh yang demikian,beliau mengucapkan trima kasib kepada semua pihak yang telah menyokong Misi pada kali ini yang menurutnya aka diteruskan dengan Misi yang kedua dan seterusnya.

Ia adalah kerana, kata beliau, banyak yang perlu dibantu kepada warga Afghanistan bagi membangunkan negara tersebut setelah terlibat dengan konflik begitu lama.

“Kita telah berbincang dengan Jamiah-e-Islah dan HAS, dan in sha Allah misi ini bukan kali pertama dan terakhir, ia akan diikuti dengan Misi yang seterusnya,

“Yang in sha Allah akan dapat membantu membangunkan saudara-saudara kita yang sekian lama trlibat denga perang, menghalau komunis Rusia dan terlibat denga pertelingkahan sesama sendiri,”tambah beliau.