Misi Kemanusiaan Bantu Penduduk Kampung Najmuddin Akhond

960

KABUL – Enam buah rumah di kampung Najmuddin Akhond dan kampung Adha Jalalabad, di wilayah Nangahar telah musnah keseluruhannnya, manakala lima puluh yang lain mengalami kerosakan, digegar gempa pada 26 Oktober lalu.

Namun begitu, Pengarah Hubungan Luar Persatuan Khidmat Kemanusiaan (Humanitarian Assistance Society – HAS) Haroon Khatibi mengucapkan syukur kerana tidak ada kematian akibat musibah tersebut.

Kampung Akhond“apa yang terjadi disini adalah enam buah rumah musnah dan lima puluh lagi rosak teruk dan rosak di kampung ini,

“Alhamdulillah tidak ada korban, hanya luka-luka kecil sahaja,”ujarnya ketika mengiringi lawatan delegasi Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia (YAM) ke kampung tersebut semalam 14 November.

Bersama Misi pertama kali ke negara Afghanistan tersebut adalah tiga NGO lain iaitu Haluan, Mapim dan Muslim Care.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah YAM Haji Jamiluddin Elias berkata sumbangan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada YAM dan NGO yang lain diberikan kepada mangsa-mangsa gempabumi dari kampung terbabit.

“sebahagian besar kampung ini telah musnah dan para penduduk di sini telah diletakkan dalam satu kem dan In sha Allah sebahagian besar beras yang (kami beli hasil sumbangan rakyat Malaysia).

“akan kami sumbangkan kepada penduduk di kampung ini,”ujarnya.

Katanya, rumah-rumah penduduk yang dibuat dari tanah dan dicampur dengan jerami telah dibangunkan semula dan sebahagian masih tidak diambil tindakan.

Beliau berkata, selain mengagihkan beras kepada mangsa gempa tersebut, mereka juga menerima bantuan baju atau jaket tebal unuk mereka menghadapi musim tengkujuh yang baru bermula.

https://youtu.be/ngoDHcq2Siw