PAS merakamkan ucapan takziah terhadap semua mangsa serangan maut yang berlaku di beberapa lokasi di Perancis, yang mengorbankan hampir 200 nyawa.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Perancis Francois Hollande dan seluruh rakyat Perancis di atas insiden yang mengejutkan ini.
“PAS mengecam sebarang tindakan kejam membunuh orang awam walau untuk apa tujuan sekalipun.


Sekurang-kurangnya 128 orang terbunuh dalam pelbagai serangan di Paris pada hari Jumaat, termasuk satu serangan berhampiran stadium sukan Stade de France dan satu lagi di tempat sebuah konsert diadakan.
Lima belas daripada mangsa terbunuh di dewan konsert di Bataclan, di timur Paris dan tiga lagi terbunuh dalam letupan berhampiran sebuah stadium di utara Paris, di mana perlawanan bola sepak Perancis-Jerman sedang berlangsung.
Satu lagi serangan dilaporkan di restoran Petit Cambodge, tidak jauh dari tempat Bataclan itu.




























