Terengganu, Malaysia

Misi NGO Pertama Malaysia Sejak Pasca Perang Soviet

Misi NGO Pertama Malaysia Sejak Pasca Perang Soviet

KABUL – Misi Kemanusiaan Gempabumi Afghanistan, Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan beberapa NGO lain, masuk hari ketiga dengan pelbagai program khidmat pasca gempa dirancang dan dilaksanakan.

Timbalan Presiden YAM Haji Jamiluddin Elias mengucapkan terima kasih kepada NGO tempatan, Yayasan Ehsan dan Pertubuhan Perubatan Islam Afghanistan (Afghanista Islamic Medical Association – AIMA) yang telah membantu dalam menyediakan keperluan bagi Misi tersebut.

IMG_20151114_085019“kita ucapkan terima kasih kepada NGO tempatan, Pesatuan Khidmat Kemanusiaan (Humanitarian Assistance Society – HAS), Yayasan Ehsan dan AIMA,

“mereka telah menyambut kita dan memberikan layanan serta perkhidmatan yang terbaik dan telah membawa kami melawat organisasi mereka,”ujarnya.

Antara institusi yang dilawati adalah Darul Mu’allimim al-Islah, Universiti Salam, Yayasan Ehsan dan Ibu Pejabat AIMA.

Beliau berkata demikian, sejurus sebelum Misi yang disertai oleh 10 orang delegasi itu, berlepas dari Kabul menuju ke Jalalabad pada Jumaat, 13 November.

Katanya, dengan kerjasama itu, YAM bersama NGO Haluan, MAPIM dan Muslim Care telah dapat membeli sebanyak RM40,000 beras dan RM10,000 ubat-ubatan yang akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas kerana musibah yang melanda.IMG_20151114_084938

“kita telah membeli beras sebagai keperluan utama yang akan diberikan kepada mangsa gempa dan ‘treler’ yang mengangkut beras itu telah berada di Jalalabad,

“dan kita juga telah berjaya membeli ubat-ubatan terutamanya untuk kanak-kanak, dimana kita akan mengadakan ‘kem-kem rawatan perubatan’ di kampung-kampung luar bandar yang terjejas gempa,”tambah beliau.

Jamiluddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin, yang telah memberikan sokongan serta memberikan sokongan kepada Misi ini.

Tidak lupa juga, kata beliau, pihak YAM mengucapkan terima kasih kepada akhbar Harakah yang menjadi penyumbang tunggal terbesar, memberikan kewangan sebanyak RM20,000.IMG_20151114_074544

Sementara itu, Ketua Kumpulan Perubatan Misi, Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalid berkata seramai 100 orang pesakit telah dirawat dan diberikan ubat pada ‘Kem Perubatan’ yang diadakan di Kampung Saracha, Jalalabad, Wilayah Nanghahar.

“semua ‘simptom’ pesakit kebanyakkan adalah sama, sakit belakang, sakit perut, demam dan batuk, yang telah kita rawat terdiri daripada 60 orang lelaki dan 40 orang perempuan,

“in sha Allah kita akan adakan sejurang-kurangnya tiga lagi kem perubatan di Jalalabad dan di Kabul,”ujarnya.

Bekas Exco kerajaan negeri Kedah itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada ubat-ubatan, bagi menjayakan Misi tersebut.

Sehubungan dengan itu, Pengarah Hubungan Luar HAS, Mohamad Haron Khatibi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dengan kunjungan Misi dari NGO Malaysia.

Beliau berkata, delegasi empat NGO itu merupakan kumpulan pertama yang datang dan mengadakan Misi Kemanusiaan dari Malaysia, selepas era pasca perang Mujahidin menentang Rusia.

“Saya berbesar hati dengan kedatangan saudara-saudara yang hadir ke sini untuk membantu saudara-saudar seIslam di sini,

“Delegasi Misi ini adalah merupakan NGO yang pertama dari Malaysia yang datang untuk menghubungkan silaturrahim selain dari membantu mangsa-mangsa yang terjejas kerana musibah itu,”ujarnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan