Wahai Razif, Pemimpin Kerajaan Umno Terengganu…..Janganlah Tamak Haloba

2584

Oleh kerana beberapa ‘kerat’ pemimpin Umno yang mahukan keuntungan segera, habis digadai seluruh harta benda.

pembalakan bukit besiHabis hutan seluas 6,000 hektar warisan anak cucu dikorbankan, hanya disebabkan ‘kononnya’ nak meluaskan operasi lombong bijih besi di Bukit Besi.

Kalau dulu-dulu, anak-anak diajar menyanyikan lagu ‘anak kecil main api’ (Warisan) bagi meniupkan semangat, menghalau penjajah dari bumi tercinta ini, tapi sekarang siapakan yang bermain api?

Habis licin bukit bukau, gondol hutan dalam waktu masa dua tiga tahun ini, bukan oleh penjajah, tapi oleh pemimpin Melayu sendiri.

SAM_3080Sedangkan syarikat-syarikat asal yang diberikan hak melombong, sudah tidak beroperasi lagi, mahu ditambah dengan ribuan ekar lagi, ditebas tebang kayu kayan, dan mahu disodok dan dirobek bumi bersejarah Bukit Besi.
Bukankah sudah ada hasil minyak dan gas, kurniaan Allah di bumi Terengganu ini?

Bukankah sudah melimpah ruah dengan bajet dari hasil Petroleum itu dibelanjakan sebanyak lebih RM2 bilion setahun? Sejak hampir 10 tahun yang lalu?

lombong bijih besi bukit besi1Bahkan ribuan juta dilaporkan sudah dibawa dan menjadi modal wang ringgit masuk ke negeri ini?

Maka di manakah itu semua?

Sehingga kita terus mahu menjadi ‘pelahap’, mahu mengikis segalanya diatas muka bumi, mahu mengorek tanah mencungkil segalanya dari perut bumi!

rumah MBTidak cukup RM1 juta, mahu tambah RM2, RM3, RM4 juta, masing-masing mengumpul kekayaan peribadi.
Tidak cukup sebuah kereta, mahu kereta mewah, pun tidak cukup satu, mahu dua, tiga, empat berjenama!

Tidak cukup sebuah rumah, mahu dua, mahu tiga buah istana, yang sudah ada diperbaiki, tidak puas nafsu, diruntuhkan kembali, tidak puas setingkat ditambah bertingat-tingat lagi.

Dari muara Kuala Terengganu hingga ke Hulu, di Tasik Kenyir. Dari di tengah laut, hingga ke daratan, bukit bukau dan gunung ganang, sedang amanah kepada rakyat cuma ‘sekadar sekadar’ sahaja.

IMG_20151109_082803Cukuplah rakyat boleh gula-gula, kamu makan cokelat mahal, cukuplah rakyat dapat basikal, kamu dapat kereta besar.

Tak puas hati dengan kuari, buka lombong bijih besi. Tak puas ‘nafsu’ dengan lombong bijih besi, nak beri lesen kepada bauksit pula, sedang rakyat menderita.

Rakyat hanya dapat BR1M ratusan ringgit cuma, kamu dapat laba berjuta-juta, kamu dan suku sakat kaya raya, sudah jelas, lombong dan aktiviti bauksit, rakyat sedut habuk sahaja!