Misi Gempabumi Afghanistan Akan Gerakkan Bantuan Ke Kawasan Pedalaman

1391

Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan ( ANDMA) berkata ia hanya dapat menyampaikan kepada 50 peratus sahaja daripada mangsa gempabumi yang melanda negara itu akhir bulan lalu.

Ramai keluarga yang tinggal di pedalaman dan kawasan pergunungan tidak dapat dicapai kerana keadaan jalan teruk dan musnah kerana tanah runtuh.

Gempabumi kuat menggegar Aghanistan pada 26 Oktober, berpusat berhampiran Jurm, Taizabad, di timur laut Afghanistan, di pergunungan Hindu-Kush, kira-kira 250 kilometer (160 batu) dari ibu negara Kabul.
IMG_20151104_105130Pengerusi ANDMA Wais Ahmad Barmak berkata, sehingga minggu ini, sebanyak 200 keluarga telah dicapai dan diberi bantuan.

“Seramai 115 orang warga Afghan terkorban dan 556 orang cedera di wilayah Kunar, Nuristan, Nangarhar, Badakhshan, Takhar dan Baghlan dan tiga wilayah lain.

“(Ia juga) merosakkan 7630 rumah, 20 Masjid dan sembilan bangunan kerajaan,”ujarnya pada sidang akhbar pada Isnin dipetik agensi berita Pajhwok Afghan.

Menurutnya keluarga yang terjejas dalam 19 daerah 10 wilayah telah diberi bantuan, tetapi separuh daripada kawasan yang terjejas yang belum dapat diberikan pertolongan.

Katanya, bantuan kecemasan termasuk agihan barangan makanan seperti biskut, air, tepung, minyak sapi, beras dan kacang.

“dan jua bukan makanan seperti khemah, selimut, penjagaan kesihatan kit, memasak alat dan keluarga kit.

151026060813-jarm-afghanistan-earthquake-large-169“Pelepasan barangan telah sampai kepada separuh daripada keluarga yang terlibat,” katanya.

Katanya, bantuan akan dihantar ke pedalaman melalui udara dalam tempoh tiga hari, dan beliau menambah terdapat 20 pertubuhan bukan kerajaan membantu membekalkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Sehubungan itu Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Haji Jamiluddin Elias berkata, seramai 10 orang sukarelawan dari beberapa NGO yang bergabung akan berlepas ke Kabul pada 10 November.

Selain membawa bantuan makanan dan pakaian musim sejuk, kumpulan tersebut yang disertai 2 orang doktor akan membawa ubat-ubatan.

Katanya, kerja-kerja bantuan dan kemanusiaan di Afghanistan akan diselaraskan dengan sebuah NGO tempatan, Persatuan Khidmat Bantuan Kemanusiaan (Humanitarian Assistance Soceity – HAS)

“kita telah dihubungi oleh pihak NGO ‘Humanitarian Assistance Society – HAS’ dan antara kerja-kerja yang dilakukan oleh sukarelawan dari Malaysia adalah menyampaikan bantuan ke kawasan pedalaman,

mesyuarat Khidmat Malaysia“disamping kita mengadakan pemeriksaan doktor dan agihan perubatan dilokasi yang akan kita capai, bermula pada 12 November, in shaa Allah,”ujarnya ketika dihubungi selepas mesyuarat Khidmat Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, antara NGO yang akan menyertai Misi Bantuan Mangsa Gempabumi ialah Muslim Care, Haluan dan Papisma selain 3 orang sukarelawan dari Yayasan Amal termasuk seorang petugas media.

Oleh itu, beliau berharap kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan kesusahan atas ujian yang sedang dihadapi oleh ‘saudara’ di Afghanistan.

“selain doa agar perjalanan kami diberikan keselamtan dan keberkatan oleh Allah, kami memohon kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk memberikan ‘saham masing-masing’ dan menyalurkan sumbangan,”tambah beliau