Lebih daripada 20 orang awam terbunuh dan 80 yang lain cedera akibat serangan berat di kawasan perumahan oleh Houthis dan pasukan yang setia kepada Ali Saleh di Taiz, Yaman pada Rabu minggu lalu.
Sumber perubatan tempatan berkata bahawa pengepungan di Taiz menghalang doktor dari menjalankan tugas mereka sebagai bantuan perubatan tersebut dilarang memasuki bandar.
“(Pemberontak) Houthi dan (Pengikut Ali Abdullah) Saleh telah melakukan satu jenayah yang dahsyat hari ini, ia menakutkan,
“ramai yang mati adalah wanita dan kanak-kanak , kebanyakan kecederaan parah cedera ada, kes-kes yang sampai ke hospital berada dalam keadaan kritikal,
“kami tidak mempunyai peralatan perubatan yang diperlukan atau kakitangan untuk menampung keadaan, tetapi kita melakukan yang terbaik. “menrut sumber itu.
Manakala sumber-sumber ketenteraan berkata, sekitar 20 roket Katyusha buatan Rusia telah melanda kawasan kediaman di pusat bandar Taiz dalam masa kurang daripada satu jam.
Ia membawa kepada banyak kemalangan jiwa dan kecereaan.
“Kami menjangkakan jumlah mangsa meningkat, ini adalah kawasan berpenduduk padat.”kata sumber perubatan dipetik Yemen Times.










