Hentikan Aktiviti Membalak di Taman Negara!

1300

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/kenyir%20126.jpg(Kemaskini 11am 15 Okt) HULU TERENGGANU – Pengerusi Lujnah (biro) Pengguna dan Alam Sekitar, Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menggesa lesen pembalakan dalam air di kawasan Taman Negara yang diluluskan kerajaan negeri Terengganu kepada syarikat Wargasuria Holding Sdn Bhd, dihentikan serta merta.

Menurutnya, oleh kerana lesen membalak di kawasan tersebut dikeluarkan oleh kerajaan, adalah wajar lesen dan kebenaran tersebut dihentikan kerana ia menjadi kawasan habitat ikan yang merupakan sumber utama ikan di Tasik Kenyir.

“(terdapat) tompok-tompok minyak, mungkin (disebabkan) tumpahan minyak diesel (yang berlaku) semasa operasi menebang balak, ini (ia) akan menyebabkan habitat ikan yang selama ini hidup disini akan pupus,”katanya ketika ditemui sewaktu melawat kawasan pembalakan dalam air tersebut, di sekeliling Gua Bewah, Taman Negara Tasik Kenyir, disini, semalam Khamis 14 Oktober.

(Gambar kiri – Tongkang yang digunakan sebagai jentera memotong dan mengangkut kayu balak) 

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/kenyir%20107.jpgBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal (Gambar kanan)berkata, ikan merupakan tarikan pelancong ke Tasik Kenyir dan pelancong datang untuk memancing dan melihatt habitat asli ikan-ikan yang sukar didapati ditempat-tempat lain.

Menurutnya, aktiviti pembalakan yang mencemarkan alam sekitar Taman Negara dan Tasik Kenyir akan menyebabkan tarikan pelancong itu hilang.

“pada pendapat (pandangan) kita (saya), kalau benda ini (aktiviti pembalakan) boleh menjejaskan tarikan pelancong di Tasik Kenyir, kerajaan (mesti) menghentikan dan tidak meneruskan pembeian lesen pembalakan di kawasan Taman Negara dan habitat ikan yang merupakan hasil (khazanah) yang sangat berharga,”tegasnya.

Mengulas isu yang sama Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, melihat dari kayu balak yang baru ditebang, terdapat lumut-lumut yang telah hidup pada batang balak tersebut puluhan tahun.

“Kalau kita tengok daripada pokok yang telah ditebang, banyak makanan-makanan ikan yang telah hiduo dibatang balak barangkali 10 atau 15 tahun yang telah menjadi sumber makanan ikan, tapi dengan adanya kerja-kerja pembalakan ini, kita percaya ia akan menjejakan pembiakan ikan,”ujarnya, yang turut serta dalam lawatan ketapak pembalakan itu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/hjmuhyiddin.jpgMenurutnya, dengan beratus-ratus pokok balak yang ditebang, beliau menjangkakan bukan sedikit ikan dan hidupan air di kawasan Taman Negara dan Tasik Kenyir yang akan terjejas.

“Bukan sahaja terjejas, tetapi mungkin menyebabkan ikan-ikan akan pupus akhirnya, kita tengok air (tasik) yang mungkin telah tercemar, (jelas kelihatan) tompok-yompok minyak yang timbul, akan menjejaskan kehidupan air,”katanya sambil menunjuk kepada ke dalam air sekitar tempat kayu balak dikumpul diatas pelampung.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, akan membawa perkara tersebut kepada beberapa NGO dan pihak-pihak yang prihatin tentang alam sekitar, supaya tekanan diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu bagi mendesak lesen dan aktiviti pembalakan tersebut dihentikan.

“Atas kesedaran kita sebagai rakyat yang prihatin, yang cakna tentang alam sekitar dan kepentingan untuk generasi akan datang, saya akan membawa perkara ini kepada pengetahuan beberapa NGO alam sekitar dan mereka yang prihatin, samada dalam atau luar negeri supaya tekanan diberikan kepada kerajaan Terengganu,”tegasnya.

Berita sebelum ini;

Syarikat Mek Hawa cabul alam sekitar Tasik Kenyir

Lihat Galeri Gambar di Buletinonline Blog

http://www.youtube.com/watch?v=gGm5TVdMa88