27 Meninggal, 1300 Cedera; UNRWA Kutuk Tindakan Terbaru Israel

1806

Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Isnin mengutuk tindakan terbaru pasukan keselamatan Israel yang mengakibatkan kecederaan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

tindakan ganas israel7Beberapa bandar di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel serta Baitulmaqdis telah menyaksikan pertempuran antara tentera Israel dan warga Palestin.

Pertempuran meletus selepas kumpulan pendatang Yahudi dengan sengaja melakukan provokasi memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa selama beberapa hari berturut-turut pada bulan lepas.

tindakan ganas israel5UNRWA menyatakan kebimbangannya terhadap penggunaan peluru hidup oleh tentera Israel untuk menyuraikan penunjuk perasaan, yang mana agensi PBB itu menggambarkan tindakan tentera rejim itu sebagai “penggunaan kekerasan yang berlebihan”.

Agensi itu menyatakan ia “mungkin bertentangan dengan piawaian penguatkuasaan undang-undang antarabangsa”.

Israeli soldiers detain a Palestinian protester following a demonstration against the expropriation of Palestinian land by Israel in the West Bank town of Tulkarem on May 31, 2014.

Memetik Prinsip Asas PBB mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Penguatkuasaan Undang-undang Pegawai, UNRWA berkata pasukan keselamatan perlu menggunakan senjata api terhadap individu dalam keadaan tertentu.

“ia termasuk mempertahankan diri atau pembelaan orang lain terhadap ancaman yang akan berlaku terhadap kematian atau kecederaan serius,”menurut kenyataan agensi tersebut.

tindakan ganas israel3Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mejak pusingan terbaru keganasan bermula, seramai 16 orang rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dan 11 di Semenanjung Gaza serta kira-kira 1,300 cedera oleh tembakan Israel.

“Di seluruh wilayah Palestin yang diduduki ada rasa meresap putus asa dan putus harapan akibat daripada penafian hak-hak dan (tercabar) maruah ( rakyat Palestin),

“Keseluruhan generasi rakyat Palestin adalah berisiko, semua ahli politik perlu bertindak dengan tegas untuk mengembalikan mereka harapan (dan) masa depan yang bermaruah, selamat dan stabil,” kata UNRWA.