Bukti Menunjukkan Bom Berangkai Yang Diharamkan Digunakan Oleh Rusia, Syria

1425

Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) telah meningkatkan tuduhan oleh aktivis Syria bahawa Rusia adalah dalang di sebalik penggunaan bom berangkai maju yang baru oleh Syria.

Menurut mereka Russia telah menggugurkan bom itu dari pesawat pejuang atau membekalkannya mereka kepada rejim Assad.

Kumpulan yang berpangkalan di New York itu berkata bahawa gambar-gambar itu diperolehi menunjukkan bom berangkai digugurkan di Kafr Halab, sebuah kampung di barat daya bandar kedua Syria Aleppo, pada 4 Oktober.

“Ia mengganggu (kehidupan) lagi satu lagi jenis kelompok amunisi digunakan di Syria meninggalkan kesan bahaya kepada mereka, orang awam untuk tahun-tahun akan datang,” kata Nadim Houry, Timbalan Pengarah Kumpulan itu bagi Asia Barat.

cluster bomb syria rusia“samada Rusia atau Syria tidak perlu menggunakan bom berangkai, dan kedua-duanya perlu menyertai pengharaman antarabangsa tanpa berlengah-lengah.”tegas beliau.

Rusia melancarkan kempen pengeboman udara terhadap penentang Presiden Bashar al-Assad pada 30 September.

Bom berangkai mengandungi berpuluh-puluh atau beratus-ratus bom yang meletus dengan melepaskan tembakan roket atau digugurkan dari udara.

Ia diharamkan secara meluas, kerana bom itu menyebarkan bahan letupan di kawasan yang luas dan sembarangan memusanahkan alam semula jadi, sering terus mencacatkan dan membunuh mangsa dalam masa yang lama selepas serangan pertama apabila rangkaian bom sebelum ini tidak meletup semuanya.

Penggunaannya dalam serang di Kafr Halab bertepatan dengan kemunculan bukti bahawa mereka telah digunakan sebelum ini di wilayah Aleppo, Hama dan Idlib sejak Rusia campur tangan dalam sengketa perang Syria.

Pemerhati Hak Asasi Manusia itu berkata ‘tidak boleh dipastikan dan disimpulkan’ samada tentera Rusia atau Syria bertanggungjawab terhadap serangan pada 4 Oktober.

Ia menyatakan bahawa kedua-dua negara itu tidak mengharamkan penggunaannya.

Satu video yang disiarkan pada 7 Oktober oleh aktivis yang dilaporkan dirakam di bandar Kafr Zeita, barat laut Hama, menunjukkan laluan asap roket tanah muncul diatas tanah selepas bom dilancarkan dari arah Jabal Zayn al-Abidin dan rangkaian letupan berlaku seterusnya berturutan selepas peluru dilancarkan di bandar itu.

https://youtu.be/-kYJ_PQX7GM