500 Warga Tebing Barat Palestin Cedera Sejak Tiga Hari Lalu

1351

Beratus-ratus rakyat Palestin telah cedera oleh tembakan Israel dan dua remaja Palestin telah dibunuh sejak tiga hari lalu di Tebing Barat yang diduduki Israel serta Baitulmaqdis Timur ditengah-tengah pertempuran berterusan dengan pasukan keselamatan Israel.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran pada mulanya dicetuskan oleh keganasan baru-baru ini di titik pergeseran Timur Jerusalem, di mana pihak berkuasa Israel terus menyekat akses warga Palestin masyk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa

palestinian injured“Sejak Oktober 3, sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan pasukan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur,” kata Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam satu kenyataan.

“Empat puluh satu rakyat Palestin telah cedera oleh peluru hidup, 134 oleh peluru getah dan gas pemedih mata oleh 307 berlebihan, manakala 18 yang lain telah dipukul.”tambah kenyataan itu.

Organisasi itu seterusnya berkata ia telah mendokumenkan sekurang-kurangnya 42 cedera oleh tembakan Israel pada hari Isnin sahaja.
“Lima rakyat Palestin cedera oleh peluru hidup dan lapan oleh peluru getah pada hari Isnin, manakala 26 mengalami sesak nafas akibat menyedut gas pemedih mata yang berlebihan,”menurut Bulan Sabit Merah lagi .

Pada hari Ahad, Abd al-Rahman Obaid Allah, kanak-kanak Palestin berusia 13 tahun, telah dibunuh oleh tembakan Israel di Beitulaham, Tebing Barat (Bethlehem).

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, budak lelaki itu ditembak di dada oleh seorang ‘sniper’ (penembak tepat) Israel.

100615-500-palestinians-hurt-by-israeli-fire-in-w-bank-clashes--1Seorang pemuda Palestin kedua, 18 tahun, juga dilaporkan dibunuh oleh tembakan Israel pada hari yang sama.

Ketegangan di Tebing Barat yang diduduki Israel dan Baitulmaqdis Timur menjadi lebih buruk lagi dengan kejadian pembunuhan dua peneroka haram Yahudi pada minggu lepas.

Sepanjang tiga hari yang lalu, beberapa pertempuran ganas telah meletus di antara pemuda Palestin dan tentera Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.