Tentera rejim Israel telah menembak mati seorang Palestin berusia 13 tahun semasa pertempuran di kem pelarian berhampiran Bethlehem menjadikan dua orang kanak-kanak Palestin mangsa kekejaman zionis dalam masa 24 jam.
Polis dan perkhidmatan kecemasan mengakui perkara tersebut ketika kemarahan penduduk Palestin sedang memuncak ekoran pencerobohan pelampau Yahudi sejak beberapa minggu lalu dan mereka kini pula dihalang daripada memasuki bandar lama.
Menurut sumber, Abdel Rahman Abdullah telah ditembak di dadanya oleh senjata rejim Israel di kem pelarian Aida pada hari Isnin, 5 September.
Pertemuran antara pihak keselamatan rejim dengan warga Paledtin telah merebak ke seluruh wilayah di Tebing Barat sejak beberapa hari yang lalu.
Pada malam Ahad, Hutheifa Suleiman, seorang lagi remaja Palestin berusia 18 tahun, telah ditembak oleh tentera Israel semasa pertempuran di Tulkarm.
Suasana semakin ‘memburuk’ selepas dua serangan rakyat Palestin yang berani, telah membunuh empat rakyat Israel dan mencederakan seorang kanak-kanak berusia dua tahun.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berjanji akan bertindak balas dengan berkata ‘satu perjuangan untuk kematian terhadap keganasan Palestin’ dan mengumumkan langkah-langkah keselamatan yang baru.
Pemuda Palestin membaling batu telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel menggunakan kedua-dua peluru hidup dan peluru getah.
Peneroka Yahudi juga telah bertempur dengan rakyat Palestin dibeberapa kawasan.
Terdapat kebimbangan bahawa keganasan sekali-sekala boleh berputar di luar kawalan, dengan beberapa amaran risiko intifada ketiga Palestin akan ‘membakar’.










