Terengganu, Malaysia

UNICEF; 500 Kanak-kanak Yaman Terkorban, Lebih 1.7 Juta Kekurangan Zat Makanan

yemen children dead1

Enam bulan keganasan ‘tak henti-henti’ di Yaman telah menyebabkan sekurang-kurangnya 505 kanak-kanak mati, 702 cedera dan lebih daripada 1.7 juta berisiko kekurangan zat makanan.

UNICEF dalam kenyataannya menjelaskan, merentasi negara itu, hampir 10 juta kanak-kanak iaitu 80 peratus daripada di bawah umur 18 tahun, memerlukan bantuan kemanusiaan segera dan lebih daripada 1.4 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

“Dengan setiap hari yang berlalu, kanak-kanak melihat harapan dan impian mereka untuk masa depan hancur,”

yemen children dead“Rumah mereka, sekolah dan masyarakat sedang dimusnahkan, dan kehidupan mereka sendiri semakin diancam oleh penyakit dan pemakanan tidak seimbang,” kata Julien Harneis Wakil UNICEF di Yaman.

Malah sebelum konflik, keadaan pemakanan itu sudah pun mengerikan kerana Yaman hanya menghasilkan kurang daripada 10 peratus keperluan makanannya dan banyak bergantung kepada bahan makanan yang diimport.

Apabila berlaku peningkatan pertempuran, telah menyebabkan kadar kekurangan makanan dan sekaligus kekurangan zat makanan menjulang tinggi, sangat ‘dramatik’ kepada kanak-kanak.

Bilangan kanak-kanak di bawah 5 tahun menghadapi risiko ‘malnutrisi akut’ (kekurangan zat makanan kronik) yang sangat teruk, tiga kali ganda peningkatan pada tahun 2015, dengan 537,000 kanak-kanak kini menghadapi risiko, berbanding 160,000 kanak-kanak sebelum konflik.

yemen childrenSelain itu, hampir dua kali ganda lebih ramai kanak-kanak di bawah 5 tahun itu yang berjumlah seramai 1.2 juta orang, dijangka mengalami kekurangan zat makanan yang sederhana teruk tahun ini, berbanding 690,000 sebelum krisis.

Kekurangan makanan, dan kurangnya akses kepada pasaran yang disebabkan oleh konflik, mengurangkan akses kepada kemudahan kesihatan dan kebersihan, dan gangguan kepada peluang mata pencarian adalah sebab-sebab utama menyebabkan kemerosotan tahap kehidupan.

Kekurangan bahan api, elektrik, gas, air dan perkhidmatan dan utiliti lain seterusnya memburukkan lagi keadaan.

Sementara itu, enam bulan yang lalu telah menyaksikan semakin banyak serangan ke atas orang awam dan infrastruktur penting. Oleh kerana peningkatan konflik pada bulan Mac 2015, UNICEF telah mengesahkan serangan ke atas atau kerosakan kepada 41 buah sekolah dan 61 hospital akibat pertempuran.

Mencari air yang selamat telah menjadi perjuangan setiap hari untuk terus hidup kepada lebih 20.4 juta orang. Lebih daripada 15 juta orang telah kehilangan akses kepada penjagaan kesihatan asas, pendidikan lebih 1.8 juta kanak-kanak telah diganggu oleh penutupan sekolah dan lebih daripada 20 juta orang yang berjuang untuk mendapatkan air bersih dan ‘sanitasi’ yang mereka perlukan.

yemeni childrenUNICEF dan rakan-rakan telah menyediakan 3 juta orang yang mempunyai akses kepada air yang selamat, manakala pasukan kesihatan bergerak telah membantu menyampaikan vaksin ‘campak’ dan vaksin polio kepada lebih 5 juta kanak-kanak.

Sebahagian daripada 93,500 kanak-kanak dirawat kerana kekurangan zat makanan yang teruk dan lebih 520,000 tidak dapat mengambil peperiksaan kerana sekolah mereka ditangguhkan.

Sejak awal tahun ini, agensi kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu juga telah memberikan sokongan psikologi untuk membantu hampir 240,000 orang kanak-kanak menghadapi ‘kengerian’ konflik.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan