10,000 Warga Iceland Sedia Terima Pelarian Syria

870

Sepuluh ribu penduduk Iceland bersedia untuk berkongsi rumah mereka bersama pelarian Syria, sebagai sebahagian daripada kempen Facebook dilancarkan oleh seorang pengarang terkenal, Bryndis Bjorgvinsdottir.

Bryndis melakukan kempen itu selepas kerajaan Iceland berkata ia hanya akan menerima 50 pelarian kemanusiaan dari Syria.

Pengarang terkenal itu menggalakkan masyarakat untuk bersuara dalam memihak kepada mereka yang memerlukan perlindungan.

Dalam tempoh hanya 24 jam 10,000 warga Iceland daripada 300,000 orang penduduk negara ais itu mengambil bahagian dalam kempen Facebook dan menawarkan rumah mereka serta menggesa kerajaan mereka untuk melakukan lebih banyak kebajikan.

“Saya seorang ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia 6 tahun ………Kita boleh mengambil. kanak-kanak yang memerlukan.

“Saya seorang guru dan akan mengajar kanak-kanak untuk bercakap, membaca dan menulis Iceland dan menyesuaikan diri dengan masyarakat Iceland.

“Kami mempunyai pakaian, katil, mainan dan semua kanak-kanak diperlukan. Saya sudah tentu akan membayar untuk tiket kapal terbang , “tulis mereka yang menuokong langkah pengarang tersebut.

” Saya rasa orang sudah muak melihat berita pelarian dari Mediterranean dan (berita) pelarian kem kematian pelarian di kem-kem dan mereka mahu sesuatu dilakukan sekarang “, Bjorgvinsdottir memberitahu agensi TV Iceland RUV.

Selepas televisyen awam popular itu memberikan sokongan kepada Bjorgvinsdottir, inisiatif Kerajaan Iceland kini sedang meningkatkan kuota bantuan kepada orang-orang pelarian.

Menteri kebajikan Iceland Eyglo Hardardottir berkata pihak berkuasa sedang mengkaji tawaran yang dibuat di Facebook, dan akan mempertimbangkan peningkatan jumlah pelarian yang diterima di bawah kuota kemanusiaan.

“Saya telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mahu untuk menamakan angka maksimum, tetapi kita (akan) meneroka setiap peluang yang ada dalam menyambut pelarian,”katanya