Pentadbiran Kawasan Dan Cawangan Diteruskan

1111

Oleh : YB Dato’ Iskandar Abdul Samad

Sukacita dimaklumkan Badan Perhubungan Negeri Selangor sedia mengambil alih mana-mana Kawasan atau Cawangan demi kelancaran pentabiran Parti.

iskandar samadPihak kami telah berbincang dengan YB Dato’ Setiausaha Agung PAS dan bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan adalah selari dengan Perlembagaan PAS seperti berikut,

FASAL 26 (9) j – Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa Tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.

Pihak kami telah turut melakukan perbincangan-perbincangan di peringkat akar umbi dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenalpasti pemimpin dan penggerak tempatan untuk mentadbir dan menggerakkan mana-mana Kawasan atau Cawangan yang terlibat.

Terdapat hampir 1,000 cawangan PAS dan hampir 100,000 ahli PAS di Selangor.

*** Kenyataan Media YB Dato’ Iskandar Abdul Samad Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Pada 19 Ogos 2015