50 Cedera, 8 Meninggal Dunia Dalam Serangan Roket

1069

Ma’rib, YAMAN – Pertempuran terus meletus berterusan sejak petang sehingga ke lewat malam di sini antara pemberontak Houthi dan Pasukan Penentangan Popular Rakyat Yaman di Jufaina, dekat sini.

Kira-kira jam1 pagi sebuah roket Katyusha melanda sebuah kem kecil Pasukan Penentangan Popular Yaman menyebabkan 50 orang cedera dan 8 meninggal dunia.

Menurut Penyalaras Perubatan Pasukan Keselamatan Rakyat Ahmad Musai, pejuang yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran.

“Daripada mereka lima puluh orang cedera dan lapan orang ‘syahid’ in sha Allah, roket jenis Kayutsa yang dilepaskan oleh puak Houthi terkena sebuah kem kecil,”ujarnya

IMG_4048 (2)Beliau berkata pasukan rakyat, buat masa ini bertahan dan berjaya mematahkan beberapa serangan Houthi yang cuba menceroboh bandar Ma’rib.

Menurutnya, buat masa kini pertempuran di Ma’rib berlaku diantara dua bukit berhampiran dengan empangan yang terletak di barat daya bandar Ma’arib.

[Gambar kanan – Ahmad Musai (paling kiri) berkata, Pasukan Penentangan Popular rakyat Yaman mempertahankan Ma’rib  bermati-matian]

Katanya puak Houthi tidak henti-henti menyerang untuk merampas empangan terbabit yang membekalkan sumber air untuk minuman dan pertanian.

“kita tidak menyerang, tetapi kita mempertahankan kedudukan kita, kecuali ada bantuan dari serangan udara dari Persepakatan negera-negara Arab yang menhantar pesawat pejuang,”ujarnya

Wilayah Ma’rinb adalah satu wilayah yang strategic dan penting kepada Yaman.

Selain terdapat empangan, Ma’rib juga mempunyai kegiatan ekonomi dari hasil gas dan minyak serta mempunyai satu-satunya janakuasa yang menghasilkan elektrik untuk negara Yaman.

“sebab itu kita akan mempertahankan Ma’rib bermati-matian, kerana ia adalah banteng terakhir kepada seluruh negara,”tambah beliau.