Memang Benar Kes Banggol Donas Buat Kerajaan Rugi?

2994

Pada malam Ramah Mesra Eidulfitri Anak-anak Terengganu Di Perantauan 2 Syawal lalu, saya diberitahu, akan ada rumah rakyat diroboh dan tanah rakyat yang akan disodok selepas Ramadhan berlalu.

Hari ini sudah seminggu Syawal berlalu dan pada dinihari begini, tiba-tiba jantung saya berdebar, mengenangkan kesusahan yang akan dihadai oleh rakyat yang rumah dan tanahnya, yang akan menjadi mangsa.

banggoldonas03042012 048Dalam fikiran saya berlegar, memikir dan merenung dalam diri, tidak ada tanah lain, selain tanah kampung Banggol Donas yang mungkin sekali apa yang dimaksudkan.

Sudah lama benar ‘sang penguasa’ mengidamkan untuk menjadikan kampung tradisi itu sebagai ‘kuburan warisan’.

Memang benar dakwaan sebuah portal pro pemerintah Umno yang melaporkan, kerajaan rugi RM8 juta kerana kelewatan projek ‘airmata’ pembinaan jalan dan jambatan dari Bukit Guntung ke Jeram To’kong dan disambung sehingga ke jambatan Pulau Sekati.

Walaupun dengan mengorbankan kampung orang melayu, rakyat Banggol Donas.

3Kerajaan itu rakyat, dan dalam kes ini, kerajaan dan rakyatlah yang rugi.

Dan yang terang lagi bersuluh, yang mendapat laba dan untung adalah Umno serta pemimpin Umno.

Ia adalah kerana, projek yang diisytiharkan oleh bekas Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh beberpa hari sebelum pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

Dan projek ‘mega’ itu telah diberikan kepada pemimpin Umno.

Syarikat yang mendapat ‘tender’ berjumlah lebih kurahg RM300 juta itu, dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Terengganu ketika itu.

Selain itu, sudah menjadi rahsia umum, projek tersebut adalah ‘kaotim’ antara pemimpin Umno disebalik tujuan pembinaan untuk rakyat.

BANGGOL-DONASPemimpin Umno bekas ahli parlimen Marang yang hebat dengan jolokan ‘Giant Killer’ kerana pernah mengalahkan Presiden PAS di parlimen Marang, dapat ditudukkan apabila projek membabitkan Banggol Donas di umumkan.

Bahkan beliau diberi gelaran ‘Hang Jebat’ kerana mengorbankan diri demi untuk ‘Hang Tuah’ yang mahu terus berkuasa.

Namun bukan kerana kepatuhan dan kesetiaan, tetapi pemimpin Umno yang juga pendekar dalam pencak silat itu ditundukkan dengan mudah kerana ada ‘udang disebalik batu’.

Rupanya adinda pendekar pemimpin Umno itu adalah juga pengarah dalam syarikat yang mendapat tender!

Sebab itu saya bersetuju dakwaan portal itu yang mengatakan, yang rugi adalah kerajaan dan rakyat dalam pembinaan tersebut, tetapi yang untungnya adalah pemimpin umno.

BDBukan setakat pemimpin Umno di Marang sahaja yang mendapat laba, bahkan di Kuala Nerus juga mendapat faedah jutaan ringgit.

Lebih jauh dari itu, mungkin ramai pemimpin Umno yang lain-lainnya mendapat manfaat sekiranya projek yang diumumkan hampir pada saat pilihan raya itu digunakan sebahagian dari bagiannya untuk belanja politik, dana pilihanraya.

Di laluan jajaran pembinaan jalan yang ‘dengan sahajanya’ diniatkan dengan ikhlas supaya melanggar kampung Baggol Donas itu, ada rahsia tersembunyi.

‘Durian yang sengaja diruntuhkan’ untuk pemilik tanahnya yang juga pemimpin Umno mendapat ganti rugi jutaan ringgit.

Sekiranya jajaran itu dilakarkan dan dilaksanakan atas tanah kosong dan lapang di sebelah masjid Banggol Donas, barulah rakyat dan kerajaan yang untung.

1Sebab kerajaan mungkin dapat mengurangkan belanja membayar ganti rugi jutaan ringgit dan penduduk banggol donas untung kerana tanah warisan dari datuk nenek mereka dapat diselamatkan dan diwasiatkan pula kepada anak cucu cicit.

Kerajaan untung kerana tidak perlu membayar ganti rugi kepada rumah dan binaan yang akan disodok kerana tanah lapang lagi kosong itu adalah bekas sawah padi.

Rakyat pula untung kerana tida perlu bersusah payah membina rumah lain dan bersusah payah untuk berpindah randah, kerana rumah mereka di kampung banggol donas tidak dirobohkan.

Kerajaan dan juga rakyat juga untung kerana tapak tanah yang diberi ganti kepada penduduk terbabit tidakerlu dilupuskan menjadi hak individu, tetapi boleh disimpan bagi keberuntungan untuk diagihkan kepada generasi akan datang.

Tapi pemimpin Umno tidak untung dan daripada mereka rugi, lebih baik kerajaan yang rugi!