Membebaskan ‘Orang Lama’ Pejuang Patani Mungkin Tidak Berkesan Untuk Keamanan

2706
epa01775692 Thai soldiers take their position during the exchange of gunfire with suspected Muslim insurgents in Bannang Sata district of Yala province, southern Thailand, 27 June 2009. The joint police and military force raid a village and clashed with suspected insurgents. One suspected militant was killed while a policeman and one soldier were killed as another soldier was seriously wounded in the gun battle, police said. Nearly 3,700 people have died in government crackdowns, bombings, revenge killings and beheadings since 2004 in three Muslim majority provinces of Narathiwat, Pattani and Yala. EPA/NAKHARIN CHINNAWORNKOMOL

Ramai pihak dan pemerhati ragu-ragu tentang dasar baru pihak berkuasa Thailand untuk digunakan bekas pemimpin pejuang Melayu Islam yang baru dibebaskan dari penjara untuk menjadikan perdamaian di Selatan negara itu satu realiti.

Seorang Penyelidik dari kumpulan Krisis Antarabangsa (International Crisis Group) Matthew Wheeler, menegaskan bahawa keterhadan komunikasi antara pemimpin lama itu dengan kumpulan pejuang baru ada satu penghalang.

Sama-ae Thanam“pembebasan ini tidak akan dapat membantu banyak………..ada kemungkinan bahawa mereka masih ada prestij, kerana mereka ditangkap dan bukannya menerima perjanjian dengan pihak berkuasa,

“tetapi yang jelasnya mereka dari era yang berbeza daripada perjuangan semasa,” katanya.

Pada hari Jumaat, junta Thai membebaskan Haji Sama-ae Thanam [Kanan], bekas pemimpin berusia 63 tahun dari sayap bersenjata Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) – kumpulan pejuang Melayu Islam utama dalam tahun 1970-an dan 1980-an.

Sama-ae Thanam telah ditangkap pada tahun 1997 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2011, dibebaskan di bawah khas program pelepasan awal.

Akhbar The Bangkok Post memetik sumber keselamatan dalam negeri melaporkan Isnin bahawa seorang lagi bekas pemimpin PULO, Haji Daoh Thanam, akan dibebaskan minggu ini.

This photo taken on February 21, 2011 shows Thai bomb squad members inspecting the site of bomb attack planted by suspected separatist militants in Thailand's restive southern province of Yala. A bomb exploded on February 21 in Thailand's insurgency-plagued far south, killing one person and injuring 13 others, police said, the latest in a string of attacks in the region.   AFP PHOTO / MUHAMMAD SABRI (Photo credit should read MUHAMMAD SABRI/AFP/Getty Images)

Kedua-dua bekas ketua pejuang dijangka membantu kerajaan Thailand dalam melicinkan jalan rundingan baru dengan kumpulan pejuang di selatan.

Perjuangan selatan yang berabad lamanya berakar umbi dalam etno-budaya kehidupan Melayu Islam di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat serta beberapa daerah di Songkhla.

Buddha dianggap sebagai agama rasmi kerajaan pusat Thailand bertentangan dengan cara hidup yang diamalkan oleh rakyat di Selatan.

Kumpulan bersenjata telah ditubuhkan pada tahun 1960-an selepas diktator tentera ketika itu cuba untuk campur tangan di sekolah-sekolah Islam, tetapi kumpulan-kumpulan terbabit seolah-olah menghilang pada akhir 1980-an.

Pada tahun 2004, sebuah gerakan perjuangan bersenjata baru yang dilaporkan terdiri daripada banyak sel tempatan pejuang dikumpulkan sekitar pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN), muncul.

thailandSejak itu, 6,400 orang terbunuh dan lebih 11,000 cedera, menjadikannya ia salah satu daripada konflik yang dahsyat walau pun dalam ‘keamatan rendah’.

Satu dialog perdamaian telah bermula di bawah kerajaan yang dipilih bekas Perdana Mnister Yingluck Shinawatra pada tahun 2013, tetapi telah digantung pada Disember tahun itu kerana ketegangan politik di Bangkok.

Rampasan kuasa terhadap kerajaan Yingluck tahun lalu yang membawa tambhan kuasa kepada junta tentera danmeningkatkan keadaan yang semakin tidak menentu bagi satu penyelesaian yang mungkin, secara aman terhadap konflik di Selatan itu, walaupun tentera menyatakan komitmen untuk meneruskan rundingan.