Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dan cedera dalam serangan oleh pemberontak Houthi di bandar pelabuhan Yaman Aden, selepas pegawai-pegawai kerajaan Yaman yang berada dalam buangan kembali ke bandar tersebut.
Serangan pada hari Ahad itu, yang mensasarkan kejiranan Dar Saad di bandar itu, berlaku selepas tiga hari kerajaan mengisytiharkan bandar utama di selatan itu ‘bebas’ dalam kemenangan terbesar kempen serangan udara yang dipimpin Arab Saudi.
Konflik di Yaman telah bermula sejak hampir empat bulan lalu dan telah menyebabkan lebih 3,500 orang warganya terbunuh.
Timbalan Editor akhbar al-Ayyam Hisham Bashraheel,memberitahu Al Jazeera bahawa selepas Houthi merasakan kekalahan, mereka mula melepaskan tembakan meriam dan serangan roket ke kawasan perumahan.
“Dar Saad, yang terletak di utara Aden, adalah padat dengan penduduk dan ramai pelarian yang meninggalkan tempat lain di Aden (berlindung di situ) dalam tempoh dua bulan lepas,” katanya.
Bashraheel berkata, 48 orang mati dan 182 cedera dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 10 adalah kanak-kanak Walaupun bandar ini adalah sebahagian besarnya bebas.
“masih terdapat beberapa kelompok Houthi di kawasan-kawasan di pintu masuk ke Aden (dan) Ia adalah… masih tidak selamat untuk pelarian untuk kembali (ke rumah masing-masing),”ujarnya
Pasukan pro-kerajaan Yaman telah cuba untuk mengetatkan kawalan mereka di Aden dan militan syiah Houthi sekutu Iran berada di kawasan gunung dalam beberapa daerah.
Di Taiz, di barat Yaman, seramai 28 oranh Houthi dan militan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh telah dibunuh pada waktu pagi.
Dua pejuang tempatan mati dan 32 lagi cedera di bahagian yang berlainan di bandar yang sama, kata mereka.
Pejuang tempatan dan pasukan tentera telah dilaporkan membuat lebih banyak kejayaan terhadap Houthi baru-baru ini.
Pesawat perang daripada gabungan Arab telah memulakan kempen udara yang dilancarkan pada bulan Mac untuk menyokong kerajaan dalam buangan dan serangan terhadap pemberontak Houthi.










