Satu serangan udara besar-besaran oleh gabungan yang dipimpin Arab Saudi menyasarkan pemberontak Houthi di Yaman, telah melanda sebuah pasar, di Aden pada hari Isnin, membunuh lebih daripada 45 orang awam.
Pegawai keselamatan dan saksi berkata, lebih daripada 50 orang awam cedera dalam serangan di Fayoush, di utara bandar pelabuhan itu.


“(mungkin bercampur) antara darah manusia dengan ternakan yang diletakkan dalam stok pasar itu,” kata seorang penduduk, Abu Ali al-Azibi.
Saksi lain berkata gerai-gerai di sekeliling pasar tersebut dibiarkan terbakar selepas serangan yang dilakukan di kawasan pertanian tersebut.
Namun begitu, mereka tidak pasti sama ada ia adalah meledakkan kem bagi pemberontak Houthi atau pasukan yang menyokong Presiden dalam buangan Abdul Rabbu Mansour Hadi.
Yang jelasnya, kata mereka, serangan udara gabungan dipimpin Arab Saudi terhadap pemberontak terus menerus berlangsung di seluruh negara, dengan sembilan wilayah dan ibu negara Sana’a telah dibom.


Konflik ini telah meningkatkan kepada 20 juta orang warga Yaman, hidup tanpa tanpa akses kepada air minuman yang selamat dan lebih daripada satu juta orang hilang tempat tinggal.
PBB pada Rabu lalu, telah mengisytiharkan tahap kecemasan kemanusiaan peringkat tertinggi di negara itu, di mana lebih daripada 80 peratus daripada jumlah penduduk seramai 23 juta, memerlukan bantuan.





























