Kakitangan awam, pelajar dan guru dihalang daripada berpuasa dan restoran diperintahkan untuk tetap dibuka di rantau Xinjiang, sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak.
China telah mengharamkan penjawat awam, pelajar dan guru-guru di wilayah Xinjiang terutamanya yang beragama Islam daripada berpuasa dan mengarahkan agar restoran untuk kekal terbuka.


“Tempat kerja perkhidmatan Makanan akan beroperasi waktu biasa pada bulan Ramadan,” kata notis yang disiarkan minggu lepas di laman web Pentadbiran Makanan dan Dadah negeri daerah Jinghe, wilayah Xinjiang.
Pegawai-pegawai di daerah Bole dalam rantau itu juga diberitahu agar tidak terlibat dengan berpuasa pada bulan Ramadhan atau aktiviti keagamaan yang lain,” menurut laporan laman web kerajaan tempatan mengenai keputusan mesyuarat minggu ini.
Setiap tahun, cubaan pihak berkuasa untuk mengharamkan umat Islam berpuasa di kalangan etnik Islam Uighur di Xinjiang telah menerima kritikan meluas dari kumpulan hak asasi.


Pemerintah China pula berkata ia sedang menghadapi “ancaman pengganas” di Xinjiang, dengan pegawai menyalahkan “pelampau agama” ekoran keganasan yang semakin meningkat.
“Matlamat China dalam melarang mereka puasa adalah dengan secara paksa memisahkan masyarakat Uighur dari budaya mereka yang beragama Islam pada bulan Ramadan,” kata Dilxat Rexit, jurucakap untuk Kongres Uighur Dunia Dalam Buangan.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, kanak-kanak sekolah telah dimasukkan ke dalam arahan menghadkan amalan berpuasa Ramadan dan juga amalan agama lain.
Biro pendidikan bandar Tarbaghatay, yang dikenali sebagai Tacheng dalam Bahasa Cina, pada bulan ini mereka telah mengarahkan sekolah untuk menyampaikan mesej kepada pelajar bahawa “bulan Ramadan, pelajar etnik minoriti tidak berpuasa, tidak masuk ke masjid … dan tidak menghadiri aktiviti keagamaan”.


Para pegawai pmerintah China Komunis di daerah Qiemo di rantau itu, telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin agama tempatan untuk memberitahu mereka bahawa pemeriksaan akan ditambah pemeriksaan pada bulan Ramadan untuk “mengekalkan kestabilan sosial”, kata laman web rasmi daerah.
Menjelang bulan suci umat Islam itu, sebuah kampung di Yili yang berhampiran sempadan Kazakhstan, berkata masjid perlu memeriksa kad pengenalan orang yang datang untuk menunaikan solat pada bulan Ramadan.





























