Terengganu, Malaysia

Bandar Lama Sana’a DiBom Pakatan Saudi

sanaa-city

Serangan udara yang dipimpin Arab Saudi telah mengebom bandar lama Sana’a, sebuah Tapak Warisan Dunia yang telah diisytiharkan UNESCO, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera.

Agensi berita Yaman, Saba yang dikuasai Houthi melaporkan pada hari Jumaat, serangan yang bermula pada awal pagi itu telah meranapkan lima buah rumah dan rosak beberapa bangunan lain turut rosak.

sanaa-old-cityKota Lama telah didiami selama hampir 3000 tahun dan sangat sensitif, yang tinggi seni binaannnya, unik dengan lumpur bata berwarna merah dan putih, rumah menara, pasar labirin, masjid serta rumah mandi.

Selama lebih dari 11 minggu, kumpulan tentera Arab diketuai oleh Arab Saudi telah mengebom lawannya Houthi, dalam usaha untuk mengembalikan presiden yang dibuang Abdul Rabb Mansour Hadi dan menyokong pejuang tempatan menentang pemberotak syiah di medan perang di seluruh negara.

Rundingan damai ditaja PBB akan diadakan di Geneva pada hari Ahad ini, adalah cubaan untuk mencari penyelesaian kepada krisis yang telah mengakibatkan 80 peratus warga Yaman amat memerlukan beberapa bentuk bantuan kemanusiaan.

Jurucakap PBB Jens Laerke, bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, lebih daripada 500,000 orang pelarian yang baru datang dari tiga wilayah Hajjah, Ibb, dan Al Dalea, menjadikan kira-kira satu juta penduduk Yaman dianggarkan hilang tempat tinggal.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan