Kira-kira 400 pendatang Rohingya telah diselamatkan oleh nelayan tempatan di Selat Melaka, di luar wilayah Aceh di Indonesia, selepas bot mereka dilaporkan dipalingkan berkali-kali dari pantai oleh pihak berkuasa Malaysia dan Thailand.


Negara tersebut turut menawarkan mereka perlindungan sementara, dengan syarat mereka yang ditempatkan semula akan dihantar pulang dalam tempoh setahun.


Katanya, Mereka yang diselamatkan dibawa ke kampung Simpang Tiga di daerah Aceh Timur


Saksi di Aceh berkata kebanyakan pendatang diselamatkan berendam dalam ‘air mata’ apabila mereka berjaya sampai ke tanah, dengan ramai yang sangat sakit dan lemah.
Pendatang memberitahu, mereka telah diusir tiga kali oleh tentera laut Thailand dan dua kali oleh pihak berkuasa Malaysia.


“Bot ini telah ditemui oleh wartawan di perairan Thailand pada Khamis minggu lepas. Orang di kapal itu sudah dalam keadaan terdesak,”
“ribuan mereka masih di laut tidak mempunyai banyak masa untuk diselamatkan,” kata wartawan al-Jazeera Vaessen.
Kira-kira 1,500 orang Islam Rohingya dari Myanmar, yang melarikan diri dari penganiayaan, dan Bangladesh, yang cuba melarikan diri kemiskinan, telah tiba di Aceh pada beberapa hari kebelakangan ini selepas ditinggalkan oleh orang-orang yang menyeludup mereka.



























