Satu gempa bumi baru membunuh berpuluh-puluh orang pada hari Selasa 12 Mei, selepas gempa bumi yang dahsyat berlaku hampir tiga minggu lalu yang menyebabkan lebih daripada 8,000 orang terbunuh.
Gempa bumi bermagnitud 7.3, berpusat di pertengahan antara Kathmandu dan Gunung Everest, melanda kawasan paling sukar di kaki banjaran Himalaya, mencetuskan beberapa kejadian tanah runtuh, menyebabkan beribu-ribu orang ketakutan lari ke jalan-jalan raya.
Kementerian Dalam Negeri Nepal menyata, sehingga semalam, Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dalam gempa bumi baharu itu dan lebih daripada 1,100 cedera.
Menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, jumlah tersebut dijangka meningkat apabila laporan mula tiba di Kathmandu, dengan orang ramai di bandar-bandar dan kampong terpencil Himalaya telah tertimbus di bawah runtuhan.
Laporan awal menunjukkan sekurang-kurangnya dua bangunan runtuh di Kathmandu, dan yang banyak boleh menjadi dalam bahaya keruntuhan kerana kerosakan kekal disebabkan gempa bumi pertama yang berlaku pada 25 April.










