Umat Islam Masih Belum Bersatu Padu

1283

Oleh : Nur Syahira

MARANG – Perpaduan di kalangan umat Islam adalah perkara penting yang mesti diutamakan, namun sehingga kini,ia belum menjadi satu ‘realiti’.

Pemimpin parti Saadat, Dr Temel Karamullah Uglu berkata, berlaku pelbagai masalah pada kebanyakan negara-negara umat Islam, samada berpunca dari dalam atau luar.

Terdapat juga pencerobohan dan penindasan yang berlaku ke atas negara umat Islam seperti di Palestin, Kashmir, Moro, Afrika dan dimana-mana sahaja, yang disebabkan oleh kuasa besar dunia.

IMG_5332 (2)“Negara Islam kini dipecah belahkan oleh kuasa besar dunia. Lagi sekali saya tekankan bahawa perpaduan adalah satu perkara yang mesti diutamakan,

“Seperti ketika kita solat, ia menjadi satu simbol yang menyatukan kita semua tidak kira bangsa , mahupun mazhab ia berjaya menyatukan kita semua.

“Kita mestilah menjadikan akhlak dan aqidah kita sebagai suatu perkara yang menjadi tauladan dan contoh kepada umat manusia.””ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Pidato Pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, Jumaat malam, 20 Mac.

Beliau yang juga merupakan wakil delegasi dari Turki yang pernah berucap pada Ijtimak Antrabangsa Kali ke-2 pada tahun 1993 berkata, umat Islam perlu mempunyai satu kesatuan dari sudut pandangan perjuangan, sejarah dan akhlak yang ada dalam diri mereka.

Katanya, ia merupakan sifat yang perlu di sumbangkan kepada dunia pada hari ini untuk mencapai perpaduan.

“Sudah puluhan tahun negara umat islam dijajah, diceroboh dan dijadikan mangsa rakus oleh musuh-musuh islam, dan sudah sampai masanya kita sedar dan insaf bahawa sudah sampai waktunya untuk kita kembali bersatu.

IMG_5338 (2)“Apa yang berlaku bukanlah satu kebetulan, tapi merupakan satu agenda yang telah lama dirancang rapi oleh musuh-musuh islam untuk memecah belahkan kita.
“umat Islam mesti kuat dan bersungguh, serta perlu peka dan sensitive terhadap apa yang berlaku dalam kalangan umat Islam,”katanya
Katanya, walaupun usaha untuk menyatukan orang Islam telah Usaha untuk menyatu padukan ummah telah sekian lama dibuat, namun sehingga kini ia belum berhasil.

“sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh pemimpin terdahulu seperti King Malik Faisal, pemerintah Arab Saudi dan juga bekas pemimpin Turki almarhum Najmuddin Erbakan telah melancarkan suatu gerakan negara umat Islam yang dipanggil G8, iaitu terdiri daripada Malaysia, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Iran, Turki, Mesir dan juga Nigeria.

“Satu perjanjian telah diadakan untuk meletakkan satu kesamaan diantara kita Negara umat islam supaya kita kuat dari segi ekonomi, teknologi, persenjataan dan dari semua sudut.

“ Tapi amat malang, setelah lebih 18 tahun tertubuhnya G8 ini maka fungsi dan matlamatnya seolah tidak bergerak untuk maju lebih ke hadapan. Ini adalah suatu yang amat malang untuk kita umat islam pada hari ini,”jelas beliau.