Berunding Dengan Bashar Umpama Berjabat Tangan Dengan Hitler!

908

Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu menyifatkan sesuatu perundingan dengan Presiden Syria Bashar al-Assad adalah umpana ‘berjabat tangan’ dengan pemimpin pengganas dunia termasuk Saddam Hussien, Karadzic, Milosevic dan pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

“Walaupun semua pembunuhan beramai-ramai ini, walaupun penggunaan senjata kimia yang melintasi garisan merah, jika anda masih berjabat tangan Assad, berjabat tangan yang akan dikenang sepanjang sejarah,” katanya dalam ucapan disiarkan secara langsung.

syria war“Tidak ada perbezaan antara berjabat tangan dengan Assad, atau dengan Hitler, Saddam, Karadzic, Milosevic.” Katanya ketika berucap pada mesyuarat parti AK di Ankara.

Beliau berkata demikian pada hari Selasa ketika mengulas kenyataan John Kerry dan menegaskan perbezaan dasar antara Turki dengan Amerika Syarikat (AS).

[Gambar – Perang Syria telah berlangsung selama 5 tahun dan mengorbankan hampir suku juta warganya serta menjadi negara itu musnah sema sekali]

Sebelum itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu dilaporkan berkata pada hari Ahad AS akan berunding dengan Assad, walaupun Jabatan Negara kemudiannya menyatakan, Kerry tidak merujuk secara khusus kepada pemimpin Syria terbabit.

AS yang sebelum ini telah menjadi penyokong pembangkang Syria tetapi mengalih tumpuan kepada memerangi militan ISIL yang dilihat negara itu sebagai ancaman yang lebih besar kepada keselamatan global.

Turki walaupun merupakan rakan kongsi dalam gabungan memerangi ISIL yang diketuai oleh AS, menolak untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan tanpa pelan menyeluruh bagi Syria, termasuk menghapuskan Assad.