Belanda Undur Dari Afghanistan

1456

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/08/tenterabelanda.jpgPengunduran pasukan tentera Belanda dari Afghanistan secara rasmi telah bermula, menjadikan Belanda sebagai sebuah negara pertama berbuat demikian dalam misi NATO .

Penempatan tentera Belanda selama empat tahun disana telah menyebabkan 24 tentera Belanda mati dan perbelanjaan sebanyak  USD$1.8 bilion.

Pasukan tentera Belanda tiba di Afghanistan pada tahun 2006 , dan pengunduran mereka secara rasmi akan keseluruhannya tentera pada Ahad depan|

NATO telah meminta Belanda untuk melanjutkan masa pendudukannya di Afghanistan, namun kerajaan baru dari parti buruh yang menguasai Belanda pada Februari lalu tidak bersetuju mengekalkan tenteranya di Afghanistan

Sebahagian besar pasukan Belanda di Afghanistan dikerahkan di wilayah Uruzgan selatan negara itu , di mana mereka melaksanakan ” kerajaan seluruhnannya (whole of govenment) ” strategi yang disebut ” pendekatan 3D ” memberikan fokus kepada pembangunan , diplomasi dan pertahanan .

Disebalik laporan yang memetik kejayaan tentera Belanda meningkatkan akses kepada pendidikan dan kesihatan, pasukan tersebut gagal mengurangkan pengeluaran candu, dan menjernihkan keraguan di antara penduduk tentang kemampuan kerajaan Afghanistan untuk memberikan perkhidmatan tanpa adanya bantuan asing.

Belanda merupakan sebahagian daripada usaha NATO untuk mendirikan memperluaskan ‘zon selamat’ di Selatan Afghanistan, namun dalam masa empat tahun , Al- Jazeera James Bays melaporkan, zon tersebut tidak meluas jauh

Belanda merupakan sebahagian daripada usaha NATO untuk mendirikan memperluaskan ‘zon selamat’ di Selatan Afghanistan, namun dalam masa empat tahun , Al- Jazeera James Bays melaporkan, zon tersebut tidak meluas jauh

Kanada, negara yang menghantar majoriti pasukan tentera NATO di wilayah Kandahar pula, dijadualkan akan mula pulang tahun depan  dan Amerika Syarikat pula merancang mengurangkan jumlah anggota pasukannya  tahun depan

Ia menjadi satu persoalan bagaimanakah nasib orang Afghan selepas itu.

Sekiranya ditanya kepada seorang penduduk biasa … mereka berfikir bahawa NATO tidak ada di sini untuk satu jangka panjang, bahawa pasukan NATO akan menarik diri, bahkan pasukan Amerika juga akan pulang.

Ramai yang percaya bahawa ” ada kemungkinan Taliban akan kembali. “