Terengganu, Malaysia

PAS dan Parti Islam Algeria Berbincang, Bertukar Pandangan

parti islam algeria3

Muslim Of Society for Peace (Harakah al-Mujtamak as-Silmi) sebuah parti dan gerakan Islam terbesar di Algeria telah menerima kunjungan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

parti islam algeria1Kehadiran Ustaz Hadi dan rombongannya disambut sendiri oleh Pengerusi pergerakan itu, Dr. Abdul Razzaq Maqri di ibu pejabat parti tersebut.

Menurut laman rasmi parti itu hmsalgeria.net, mesyuarat yang diadakan sempena lawatan delegasi dari Malaysia itu telah berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu.

“mereka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dan hubungan antara kedua-dua pihak dan keadaan di negara Islam dan Algeria khususnya,

parti islam algeria2“dan keadaan di Malaysia dan kejayaannya di peringkat ekonomi untuk menjadi contoh bagi seluruh negara-negara Islam,”menurut laporan rasmi, yang turut disiarkan melalui laman sosialnya, pada Ahad 22 Februari.

Bersama delegasi Presiden PAS itu adalah rombongan dari Badan Perhubungan PAS Terengganu yang diketuai oleh Pesuruhjayanya Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya I, Dr Alias Razak dan Setiausaha, Haji Muhyiddin Abd Rashid.

Kedatangan Naib Presiden Kesatuan Ulama SeDunia itu turut mendapat liputan stesen telivisyen tempatan, mengadakan sesi temubual dengan Ustaz Hadi, yang dipancarkan secara langsung

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan