Terengganu, Malaysia

Presiden PAS Berucap Kepada Ahli Parlimen Ennahdha

Presiden PAS Berucap Kepada Ahli Parlimen Ennahdha

Oleh : Zaiem Al-Helmy

TUNIS – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melakukan kunjungan rasmi ke Tunisia dan beberapa negara di Timur Tengah.

IMG-20150221-WA0038Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Muslimin Sedunia disambut oleh Pengerusi Parti Ennahdna, Sheikh Rashid Ghannoushi, Pengerusi Lujnah Antarabangsa Ennahdha Rafik Abdessalem dan pemimpin kanan yang lain termasuk Habib Badam, Mohamed Akrout dan Abdellatif Mekki.

Di dalam pertemuan bersama Parti Ennahdha, mereka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk keadaan di negara-negara Arab dan khususnya Tunisia.

IMG-20150221-WA0037Pertemuan tersebut juga membincangkan bentuk kerjasama yang boleh diadakan di antara dua parti Islam iaitu, PAS dan Parti Ennahdha Tunisia.

Di dalam lawatan tersebut, Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dihadapan semua ahli parlimen Parti Ennahdha Tunisia.

Ini sekaligus menyatakan bahawa ketokohan Tuan Guru Presiden PAS sebagai figura politik Islam amat disegani diperingkat antarabangsa.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Bendaharinya, Shukrimun Shamsuddin.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan