Mahkamah Isyithar Musharraf Tidak Layak Bertanding

879

Mahkamah Tinggi Pakistan telah mengisytiharkan bekas Presidennya Pervez Musharraf tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen kerana kesalahan beliau masa lalu.

Panel tiga anggota mahkamah tinggi wilayah Sindh diketuai Ketua Hakim Negara Maqbool baqar mendapati Musharraf bersalah menggantung perlembagaan negara, dan meletakkan hakim-hakim Mahkamah Agung di bawah tahanan rumah pada November 2007.

musharrafMahkamah mendapati bahawa Mahkamah Agung Pakistan telah mengisytiharkan tindakan Musharraf adalah haram, dan oleh itu, ia tidak boleh menjadi ahli parlimen selaras dengan perlembagaan.

Bekas ketua tentera itu yang kini sedang menghadapi perbicaraan yang berasingan dalam tiga kes pembunuhan, termasuk membunuh bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto.

Musharraf telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Sindh terhadap suruhanjaya pilihan raya yang menghalang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya Mei 2013 atas alasan yang sama.

Bagaimanapun, hakim-hakim mengekalkan keputusan suruhanjaya pilihan raya ini.

Musharraf menjadi Presiden dan memerintah Pakistan dari tahun 1999 hingga 2008.