Syiah Houthi Bubar Parlimen Yaman

1055

Gerakan syiah Houthi Yaman telah membubarkan parlimen dan mengeluarkan kenyataan, pada hari Jumaat 6 Februari bahawa dewan perhimpunan sementara (interim) baru akan dibentuk.

Menurut pengumuman yang dibuat di istana Presiden itu, ia merupakan satu langkah yang boleh mengurangkan perebutan kuasa yang memaksa Presiden untuk meletak bulan lepas.

Ketua-ketua yang baru akan memilih seorang lima anggota majlis presiden interim untuk menguruskan hal ehwal negara dalam tempoh peralihan sehingga dua tahun, menurut satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

imageSesetengah pemimpin politik menghadiri pengumuman tersebut termasuk bekas menteri dalam negeri dan bekas menteri pertahanan, yang menunjukkan bahawa pengumuman tersebut mendapat ‘restu’ oleh beberapa kumpulan politik yang lain.

Yaman yang telah menghadapi krisis politik sejak Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dan kerajaan Perdana Menteri Khaled Bahah meletak jawatan selepas syiah houthi merampas istana presiden dan membataskan pergerakan ketua negara hanya di kediamannya, dalam perjuangan kumpulan syiah itu untuk mengetatkan kawalan.

Houthi, yang menjadi broker kuasa apabila menakluki Sanaa pada bulan September, telah mengadakan rundingan dengan kumpulan politik utama serta cuba untuk bersetuju mengenai jalan keluar daripada apa yang tidak kena.

Pergerakan syiah yang disokong oleh Iran itu telah menetapkan tarikh akhir pada Rabu untuk puak politik bersetuju jalan keluar dari krisis, jika tidak, kumpulan itu berkata, ia akan mengenakan penyelesaian sendiri.

Kestabilan Yaman adalah penting untuk negara jiran Arab Saudi, pengeksport minyak utama di dunia. Negara Semenanjung Arab itu juga sedang memerangi salah satu cabang al-Qaeda al-Shabab dengan bantuan ‘drone’ dari Amerika Syarikat.