Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel berkata serangan tentera Israel ke atas bangunan kediaman di Gaza dalam perang 50 hari terhadap Hamas pada musim panas lalu melanggar peruntukan undang-undang antarabangsa.
Kumpulan itu, B’Tselem, yang dikenali sebagai sayap kiri di Israel memberikan tumpuan kepada isu-isu hak asasi manusia di Gaza dan di Tebing Baratyang diduduki Israel.


Kajian Kumpulan B’Tselem itu adalah merupakan laporan ketiga yang serupa oleh sebuah pertubuhan hak asasi manusia mengenai konflik di Gaza, termasuk laporan sebelum ini, yang dibuat oleh Amnesty International dan Pakar untuk Hak Asasi Manusia-Israel.
Ia merupakan laporan pertama seumpamanya ditulis oleh kumpulan dalam negara Israel, yang menyokong dua laporan sebelum itu, mendorong hujah pemimpin Palestin yang membawa kes perang tersebut ke mahkamah jenayah antarabangsa di The Hague.
Pegawai tentera Israel telah menegaskan bahawa tentera bertindak mengikut undang-undang antarabangsa semasa konflik, tetapi sebahagian besarnya, mereka hanya telah diberikan penerangan am bagi pengeboman bangunan kediaman tertentu.
Mereka digambarkan rumah-rumah kediaman yang dibom itu adalah sebagai ‘pusat kawalan dan perintah’, digunakan oleh ‘militan’ yang tinggal di sana bersama keluarga, atau sebagai sebahagian daripada ‘infrastruktur pengganas’ yang perlu dimusnahkan.


NGO Monitor, sebuah kumpulan pemerhati Israel menanggap laporan tersebut adalah untuk menyampaikan naratif politik memutarbelitkan fakta sebagai Israel yang bersalah dan Palestin telah menjadi mangsa.
NGO tersebut mendakwa B’Tselem telah menyumbang kepada kempendalam persekitaran waktu ketika suruhanjaya siasatan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, dan juga siasatan yang sedang dijalankan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Namun B’Tselem berkata laporannya adalah bertujuan untuk orang awam Israel, yang secara umumnya secara totok menyokong serangan Israel.
Pegawai B’Tselem menjelaskan kempen itu adalah bertujuan untuk menghentikan tembakan roket berterusan dari Gaza ke Israel dan untuk meneutralkan ancaman penyusupan militan ke wilayah Israel melalui terowong bawah tanah.
Sementara Hamas melepaskan ribuan roket ke Israel, warga Israel pula menghabiskan masa memikirkan taktikal tentera, walaupun tindakan Israel menerima celaan antarabangsa kerana bilangan korban awam yang tinggi di Gaza.


Namun setelah lima bulan pertempuran berakhir, tindakan menyerang Gaza bukan subjek utama yang dibahaskan dalam parlimen Israel.
Taklimat kepada pemberita pada Selasa, beliau berkata kumpulannya bertujuan melibatkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu melalui media sosial.
Hampir 2,200 orang terbunuh dalam pertempuran, sebahagian besar daripada mereka orang awam, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kementerian Kesihatan Gaza.
Namun di sebelah Israel, hanya kira-kira 70 orang terbunuh dalam perang selama 50 hari itu.




























