Terengganu, Malaysia

Saya Bukan Ketua Kumpulan ‘Geng’, Saya Presiden……..

mursi-darbe-kararini-beklemiyordu-5138652-773-o

Ikhwan Muslimin tidak terbabit dengan sebarang episod keganasan yang tercetus ditengah-tengah kebangkitan rakyat yang membawa kejatuhan diktator Hosni Mubarak pada tahun 2011.

Presiden Mesir yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera, Mohamed Morsi menegaskan Majlis Angkatan Tentera Mesir yang yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal negara selepas Hosni meletakkan jawatan.

Morsi berkata, selepas Hosni berundur pada bulan Februari tahun 2011, Majlis tersebut mesti bertanggungjawab untuk pembunuhan beratus-ratus penunjuk perasaan ketika pemberontakan pada 2011 sehingga beliau dipilih sebagai Presiden pada musim panas tahun 2013.

Sebagai defendan semasa sesi mahkamah pada Ahad lalu, Morsi menjelaskan kepada para hakim, beberapa akuan saksi dari sebuah suruhanjaya pencarian fakta yang beliau tubuhkan dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden mendedahkan bukti penglibatan tentera membunuh rakyat Mesir.

Menurutnya perisikan tentera, yang diketuai oleh Presiden semasa Abdel-Fattah al-Sisi pada masa itu, berselindung di sebalik perintah yang diberikan kepada pasukan keselamatan untuk membunuh penunjuk perasaan pro-demokrasi dalam tempoh peralihan tersebut.

mursi-darbe-kararini-beklemiyordu-5138652-773-o“Saya bukan seorang pemimpin geng, saya menjadi Presiden.”kata Morsi

Beliau seterusnya berkata bahawa dia telah memilih untuk tidak menghukum pemimpin perisikan tentera semasa pemerintahan satu tahun beliau kerana untuk ‘memelihara’ institusi ketenteraan.

“Saya mahu pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan dengan cara mengikut undang-undang dan perlembagaan,” kata Morsi, sambil menambah bahawa beliau telah mengemukakan laporan suruhanjaya pencarian fakta itu kepada pihak pendakwa.

Morsi berkata beliau ‘terkejut’ oleh langkah ketenteraan untuk menggulingkan beliau dan tindakan menggantung perlembagaan pada 3 Julai 2013 selepas tiga hari protes besar-besaran pembangkang.

“Saya telah dibawa ke Kelab Pengawal Republik ini [timur Kaherah] dan saya tinggal di sana selama dua hari sehingga saya dibawa ke kemudahan ketenteraan di Iskandariah,” kata Morsi menerangkan keadaan yang diikuti dengan penyingkirannya.

Beliau berkata enam pegawai pengawal republikan telah ditugaskan mengawal semasa penahanannya di kemudahan tentera sehingga ditukarkan ke penjara pada bulan November 2013.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan