Hamas dan beberapa kumpulan lain di Gaza, menggesa kerajaan perpaduan Palestin membuat persediaan secepat mungkin untuk pilihan raya yang baru.
Menurut laporan Xinhua, pemimpin Islam dan kumpulan berhaluan kiri bertemu di Gaza atas permintaan Hamas, untuk membincangkan “pengabaian Gaza”. Ketua-ketua Fatah dari kumpulan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak menghadiri mesyuarat itu.
Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu mendesak satu jawatankuasa kebangsaan dibentuk bagi mengambil langkah susulan pelaksanaan perjanjian perdamaian ditandatangani antara Hamas dan Fatah.
“
Kami membincangkan akibat buruk yang berlaku, adalah hasil daripada satu kebuntuan dalam melaksanakan tawaran perdamaian dan persefahaman,” kata kenyataan bersama.
Ia juga menggesa kerajaan perpaduan melaksanakan tanggungjawabnya mengadakan pilihan raya di Palestin dan mengambil berat lebih untuk Gaza, yang telah mengalami kemerosotan dalam keadaan ekonomi dan kemanusiaan.
Mesyuarat itu diadakan selepas pemimpin Hamas mengancam bahawa jika kerajaan perpaduan terus mengabaikan kepentingan Semenanjung Gaza, mereka akan melihat alternatif lain.
Seorang pegawai kanan Hamas pada Sabtu menuduh kerajaan perpaduan Palestin gagal dan berkata bahawa gerakannya sedang mengkaji alternatif kepadanya.
Kerajaan perpaduan Palestin telah ditubuhkan pada bulan Jun berikutan perjanjian antara Fatah dan Hamas.
Kerajaan tersebut telah menuduh Hamas meneruskan cengkamannya ke atas keselamatan Semenanjung Gaza dan menghalang fungsi kerajaan di wilayah itu yang berada di bawah kepungan Israel sejak tahun 2007.










