Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan bahawa ia menggantung program yang menyajikan makanan kepada lebih daripada 1.7 juta pelarian Syria kerana ia telah kehabisan wang.
Program Makanan Dunia (WFP) berkata pada Isnin bahawa ia “perlu segera” sekurang-kurangnya 64 juta dolar pada bulan Disember sahaja untuk menyokong pelarian yang kini tinggal di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Iraq dan Turki.
“penggantungan bantuan makanan WFP akan membahayakan kesihatan dan keselamatan pelarian ini dan berpotensi akan menyebabkan ketegangan lagi, ketidakstabilan dan rasa tidak selamat di negara jiran (yang menjadi) tuan rumah jiran,”
“Penggantungan bantuan makanan WFP akan menjadi bencana bagi kebanyakan keluarga sudah menderita.”kata Pengarah Eksekutif WFP Ertharin Cousin, dalam rayuannya kepada penderma.
Sejak perang di Syria bermula pada tahun 2011, lebih tiga juta orang telah melarikan diri ke negara-negara jiran.
Di bawah program PBB, pelarian menggunakan ‘baucar’ untuk membeli makanan di kedai-kedai tempatan. PBB menyediakan keperluan asas seperti tepung, minyak masak dan gula.
Ia turut juga memberikan baucar makanan penting untuk ibu mengandung dan menyusu.
“Tanpa baucar WFP, banyak keluarga akan kelaparan. Untuk pelarian telah berjuang mwngadapi hidup musim sejuk yang teruk, akibat (dari) menghentikan bantuan ini akan (berlaku) kemusnahan,” kata PBB.
Setiap bulan, PBB menuuap lebih empat juta orang di dalam Syria, dan lebih daripada satu juta lebih sekarang terlindung sementara di negara-negara lain.
Penyelaras Program Makanan PBB Muhannad Hadi memberitahu Al Jazeera, pelarian akan menghadapi musim sejuk yang keras tanpa sokongan daripada badan dunia itu.
“Ia pasti bencana, jika kita tidak dapat memberikan baucar makanan, mereka tidak akan boleh makan.”
“Kami meminta dunia [untuk membantu]. Ini adalah satu krisis antarabangsa.”katanya, bercakap dari ibu Jordan Amman.
Agensi Para pelarian PBB (UNHCR) berkata kekurangan tunai telah memaksannya untuk mengutamakan persiapan menghadapi musim sejuk dengan memberikan utamaan untuk pelarian dikawasan yang lebih sejuk dan pelarian yang mudah terdedah kepada risiko seperti bayi yang baru lahir.










