Terengganu, Malaysia

Misi Korban Berjaya Disempurnakan

Misi Korban Berjaya Disempurnakan

KHARTOUM – Misi Korban di Kassala dan Garadif berjaya di laksanakan oleh delegasi Kemanusiaan Antarabangsa Yayasan Amal dibahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh Dr Suhazeli di Kassala dan Ustaz Wan Sukairi di Ghardarif.

DSC_0143Pada hari pertama, Ahad 5 Oktober, sebanyak 150 ekor lembu dan 178 ekor kambing yang telah diamanahakan oleh seluruh rakyat Malaysia, disempurnakan.

“Korban Binatang korban pada hari ini 150 ekor lembu dan 178 ekor kambing, kita berhenti untuk melepaskan penat dan lelah,

“dan kita akan meneruskan ke bandar kecil di Kassala (pelarian) dan nama dia Sagarab dan in sya Allah disini ramai penduduknya yang datang untuk melihat kami semua,”ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang peserta delegasi, Dr Azman Ibrahim berkata, 200, 000 penduduk kem pelarian di kawasan Sagarab, wilayah Kassala itu mendapat menfaat dari Misi Korban Yayasan Amal.

“kami berada di Kassala dengan jarak kira-kira 500 kilometer daripada ibu kota Sudan, pada hari ini kami melakukan program di perkampungan yang mnempatkan pelarian daripada negara bergolak,

“kehidupan di sini berada di bawah para kemiskinan……..bagaimana di satu sudut dunia ini masih terdapat saudara seagama Islam kita yang duduk dalam keadaan begitu dhoif tanpa sebarang kmudahan asas,”jelasnya.

Menurutnya, tanpa bekalan air bersih, elektrik dan tanpa tandas dan anak-anak Kassala tidak ada sistem pendidikan yang lengkap.

“Bayangkn puluhan ribu pnduduk di sini hanya terdapat 3 buah sekolah, 100 ribu pnduduk yang setiap satunya boleh menempatkan tidak lebih daripada 300 orang pelajar sahaja.

“Bermakna kita melihat di antara keperluan utama yang perlu di beri perhatian dalam misi kemanusian yag akan datang adalah keperluan pendidikan demi masa depan generasi anak-anak saudara seagama kita disini….,”tegasnya

 

 

http://youtu.be/_2MDmQ5Etyo?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan