12 Wartawan Palestin Masih Ditahan Di penjara Israel

855

Satu kumpulan hak asasi Palestin mendedahkan pada bahawa seramai 12 wartawan Palestin telah dikurung di penjara Israel.

reportint20120822132912763Pusat Kajian Banduan Palestin Merdeka menyifatkan tindakan memenjarakan wartawan Palestin sebagai satu cubaan oleh Israel untuk menutup jenayahyang dilakukannya dan menjauhkan media dari rakyat Palestin.

Pusat tersebut menyeru seluruh institusi media dan kesatuan akhbar untuk mengambil tindakan mendesak dan menjamin pembebasan wartawan yang dipenjarakan.

Kira-kira 7,000 rakyat Palestin telah dipenjarakan dipelbagai penjara Israel, menurut Kementerian Banduan Palestin.

Kementerian itu berkata 84.8 peratus daripada tahanan ini adalah dari Tebing Barat yang diduduki.