Israel Serbu, Tutup NGO Mempertahankan al-Aqsa

797

Pihak keselamatan rejim Israel laknatuLlah telah mengarahkan penutupan NGO Palestin dikhaskan untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis dari pelanggaran Israel, selepas tentera Israel menyerbu pejabatnya, di bandar utara Nazareth dan mengambil dokumen dan peralatan.

“Sekumpulan besar anggota perisikan dan polis Israel menyerbu pejabat Institut Amarat al-Aqsa di Nazareth dan memaksa para pekerja untuk meninggalkannnya,” kata jurucakap Yayasan Aqsa katanya dalam satu kenyataan

“Dalam serbuan itu, tentera Israel merampas semua peralatan dan dokumen sebelum mengeluarkan suatu perintah – yang ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Moshe Ya’alon – menutup persatuan itu dan mengharamkan aktivitinya,” tambah kenyataan tersebut.

Menurut perintah tersebut, institut itu telah menimbulkan ancaman kepada keselamatan Israel, memandangkan hubungannya dengan kumpulan Hamas,” kata siaran akhbar tentera rejim.

Pada tahun lepas, kumpulan pelampau peneroka Yahudi, sering diiringi oleh pasukan keselamatan Israel, telah berkali-kali menceroboh masuk ke dalam kompleks Al-Aqsa. Pelanggaran yang kerap menimbulkan kemarahan umat Islam Palestin dan serng membawa kepada konfrontasi ganas.

Bagi orang Islam, Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci di dunia. Yahudi sebaliknya pula, sebahagian mereka merujuk perkarangan al-Aqsa sebagai ‘Temple Mount’ (kuil gunung) mendakwa ia merupakan tapak dua kuil Yahudi yang terkemuka pada zaman purba.

Israel menduduki Baitulmuqaddis Timur semasa Perang Timur Tengah pada 1967, kemudian menakluk kota suci itu pada tahun 1980 dengan mengisytiharkannya sebagai ibu negara.

Ia merupakan satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.