Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang wanita terbunuh dalam serangan udara Israel pada hari Isnin, menjadikan mereka kematian pertama warga Palestin sejak gencatan senjata dicabuli, kata pegawai kesihatan Palestin.
Perjanjian perdamaian jangka panjang yang cuba diterokai Mesir, gagal apabila perwakilan kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel
meninggalkan Kaherah selepas pertempuran disambung semula pada Selasa.
Pesawat Israel telah mengebom 80 sasaran di Gaza sejak hari Selasa, keseluruhannya menjadi mangsa 19 orang terbunuh dalam serangan Israel terbaru, termasuk isteri Mohammad Deif Ketua Brigade al-Qassam, dan anaknya yang berusia tujuh bulan.
Kenyataan rasmi Hamas memaklumkan, setelah serangan ke atas rumah Deif pada Selasa, menjelaskan Deif tidak tinggal di rumah yang disasarkan tentera rejim Israel, yang mendakwa beliau mendalangi serangan terbaru roket.
Ribuan warga Palestin melaungkan kemarahan “Qassam, bom Tel Aviv ! “, mengiringi pengkebumian isteri dan anak Deif dalam kem pelarian di Jabalya.
Ibu kepada arwah isteri Deif, memberitahu pemberita bahawa beliau harap mempunyai 100 orang lagi anak perempuan untuk dikahwinkan dengan Deif!
Tidak ada pengesahan rasmi dari Israel berhubung cubaan rejim untuk membunuh Deif, yang telah menjadi sasaran dalam serangan udara sekurang-kurangnya empat kali, sejak pertengahan tahun 1990-an.
Sementara itu, para pegawai kesihatan Gaza mengesahkan, lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara berasingan, selepas gencatan senjata terbatal.
Satu lagi serangan udara yang dilancarkan pada pagi Rabu membunuh tujuh orang ahli keluarga di tengah Gaza, di antara mereka seorang wanita dan tiga kanak-kanak.
Selain itu, lebih daripada 50 orang cedera dalam serangan udara di seluruh Gaza, dan kemudiannya Hamas mengarahkan sayap tenteranya melepaskan roket ke Israel .
Hamas menafikan sebarang tembakan roket semasa gencatan senjata, tetapi mengakui membuat serangan selepas serangan Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata sejak lebih sebulan lalu seramai 2,036 orang, kebanyakan mereka orang awam, telah terbunuh dalam di Gaza.
Menurut Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan Israel laknatuLlah telah menyebabkan kira-kira 425,000 orang menjadi pelarian.










