– Selepas sanak saudara terbunuh akibat serangan Israel ke atas Gaza
Seorang warga Belanda berusia 91 tahun yang telah dianugerahkan pingat oleh Israel pada tahun 2011 kerana menyembunyikan kanak-kanak Yahudi dari Nazi semasa Perang Dunia II, telah mengembalikan pingat tersebut kepada rejim Israel selepas enam saudara-mara beliau terbunuh dalam serangan udara zionis ke atas Gaza.
Henk Zanoli [Gambar ] menghantar surat kepada duta Israel Haim davon di The Hague dan menyatakan beliau tidak mahu lagi pingat “”Righteous Among the Nations – (Warga Benar Antara Bangsa Israel)” berikutan serangan ke atas Gaza rumah sanak saudara beliau pada 20 Julai lalu, yang mengorbankan suami ibunya, tiga adik , kakak ipar dan anak saudara yang berusia sembilan tahun.
“Adalah satu penghinaan kepada saya untuk terus memegang penghormatan yang diberikan kepada saya oleh negara Israel di bawah keadaan ini…….keluarga saya, pada generasi yang keempat, (saya) hilang tidak kurang dari enam saudara mereka di Gaza,” tulis Zanoli yang diterbitkan oleh Haaretz.
“cicit kepada ibu saya telah kehilangan moyang mereka, tiga bapa saudara, ibu saudara dan sepupu (mati) di tangan tentera Israel,” katanya.
Zanoli, yang merupakan seorang peguam bersara, turut membidas pengebomanan Israel di Semenanjung Gaza, menyeru kejadian yang telah disasarkan rumah saudara maranya, seorang diplomat Belanda di Gaza, sebagai “jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.”
Pingat itu kemudiannya dikembalikan ke kedutaan Israel di Belanda.
Angka kematian Palestin dari minggu panjang serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 1980 hingga Sabtu, dan sekurang-kurangnya 10,196 rakyat Palestin juga telah mengalami kecederaan.
Korban termasuk 470 kanak-kanak, 343 wanita dan 88 orang tua.










