Terengganu, Malaysia

Bantuan Awal ke Gaza Selamat Disampaikan

Bantuan Awal ke Gaza Selamat Disampaikan

Perang Gaza Israel yang bermula 8 Julai lalu telah berlarutan melebihi tempoh sebulan, dengan jumlah kematian melebihi 1900 orang dan banyak harta benda musnah.

Ketua Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia Dr Suhazeli Abdullah berkata keperihatinan rakyat Malaysia yang menyumbang melalui Yayasan tersebut dapat ditunaikan dengan penghantaran bantaun awal ubatan dan alatan perubatan.

IMG-20140815-WA0078“AlhamduliLlah, keperihatinan dan cakne rakyat Malaysia tertunai dengan pemberian sumbangan ubat-ubatan dan alat perubatan kepada warga Gaza yang memerlukan selepas mereka dibedil rejim selama sebulan,

“Terima kasih kepada Koordinator Yayasan Amal Malaysia di Gaza, Nadir Al Nuri (kerana) dengan kerjasama beliau dan Persatuan Kebajikan as-Salama (as-Salama Charitable Association) bantuan telah selamat dihantar ke Gaza,”ujarnya.

Semoga segala sumbangan ikhlas dari seluruh rakyat itu, kata beliau, dapat mengurangkan penderitaan kepada mangsa yang terlibat.

Suhazeli yang juga Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu memaklumkan, pihaknya akan meneruskan program tahunan ibadah qurban sempena Eidul Adha akan datang di tempat yang lebih memerlukan.

“Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu adalah sebuah NGO kebajikan yang telah bergerak seluruh dunia bagi membantu insan yang lebih memerlukan,

“Tahun ini, Amal Terengganu akan menghantar delegasi ke Darfur dan Kasalla, Sudan untuk membantu pelarian Darfur di Sudan dan pelarian Eritrea di Kasalla Sudan.IMG-20140814-WA0066

“Delegasi Amal Terengganu akan membawa penyertaan bahagian Qurban atau akikah dari seluruh rakyat Malaysia. Dengan ibadah Qorban atau akikah ini, sekurang-kurangnya akan membantu mereka menikmati makanan berzat,”jelasnya.

Dalam masa yang sama, kata beliau, delegasi Amal Terengganu akan singgah ke Sempadan Jordan bagi menyampaikan bantuan alat pendidikan kepada pelarian Syiria.

Katanya, gerakan kempen dana pendidikan anak-anak Syiria ini telah diusahakan oleh Amal Terengganu sejak setahun yang lalu.

“Malah bantuan musim sejuk telah disampaikan pada bulan Januari lepas,”tambahnya

Justeru, kata beliau, seluruh rakyat Malaysia yang ingin turut menjalani ibadah qorban di Sudan, boleh menghubungi Encik Ikhwan, sebagaimana maklumat yang tercatat pada sebaran poster atau boleh diakses melalui laman sosial, facebook.com/AmalMalaysia dan laman sesawang www.amalmalaysia.org

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan