Para perunding Palestin sedang mengkaji rangka kerja perjanjian, dicadangkan oleh perantara Mesir yang termasuk cadangan itu adalah membuka lintasan Gaza, menjamin aliran bantuan kemanusiaan ke daerah pantai yang dikepung, pembinaan semula Gaza yang dibom, membayar gaji kakitangan awam Gaza, dan mengembangkan kawasan nelayan di luar pantai Gaza.
Israel dan Pejuang Palestin bersetuju pada Rabu untuk memanjangkan gencatan senjata tiga hari di Gaza dengan tambahan 72 jam.
“kumpulan Palestin bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata 72 jam untuk tempoh tiga hari,” kata pegawai Palestin, yang mencapai persetujuan dalam beberapa minit sebelum tamat tempoh gencatan senjata terbaru bermula Isnin lalu. Israel tidak mempunyai komen segera.
Pejuang Hamas mengesahkan tidak melancarkan sebarang roket ke Israel pada Rabu menjelang tamat tempoh gencatan senjata sementara di Semenanjung Gaza.
“Sayap bersenjata Hamas tidak melepaskan apa-apa roket ke Israel pada Rabu,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri dalam siaran akhbar yang ringkas.
Tentera Israel sebelum ini mendakwa bahawa roket Palestin telah dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke selatan rantau Hof Ashkelon.
Sebelum itu Mesir telah membentangkan cadangan baru untuk perjanjian gencatan senjata kekal yang memasukkan tuntutan utama Palestin iaitu jaminan mengangkat sekatan-sekatan di sempadan Israel dan Mesir di Semenanjung Gaza.
Azzam Ahmed, seorang pegawai Fatah yang mengetuai pasukan Palestin di Kaherah berkata, rundingan berada di peringkat sangat sensitif dan ia berharap akan mencapai perjanjian gencatan senjata sebelum gencatan senjata semasa tamat.
Sumber Mesir dan Palestin berkata Israel telah bersetuju dengan tentatif untuk membenarkan penghantaran bekalan ke Gaza dan pergerakan warga Palestin serta barangan keperluan merentas sempadan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Permintaan Palestin untuk pembukaan pelabuhan Gaza dan pembinaan semula lapangan terbang yang musnah dalam konflik dengan Israel sebelumnya juga telah menjadi ‘halangan’ perundingan, apabila Negara haram Yahudi itu memberikan alasan keselamatan untuk menentang perjanjian mereka.
Sebagai sebahagian daripada rangka tindakan Mesir, Israel akan memperluaskan had nelayan menangkap ikan ia dikenakan menelebihi enam batu (10 km) dari had asal hanya tiga batu nautika.
“Ia akan meningkatkan secara beransur-ansur kepada tidak kurang daripada 12 batu dalam penyelarasan antara pihak berkuasa Palestin dan Israel,” kata pegawai itu.
Di samping itu, rancangan Mesir menyeru untuk mengurangkan kawasan ‘buffer zone’ di sempadan untuk rakyat Palestin di sebelah Gaza dari jarak 300 meter kepada 100 meter, supaya petani tempatan boleh memulihkan kawasan penanaman yang lupus akibat kawalan keselamatan sebelum ini.
Delegasi Palestin juga telah bersetuju bahawa pembinaan semula di Gaza perlu dilakukan oleh kerajaan perpaduan teknokrat yang ditubuhkan pada bulan Jun oleh Hamas dan Fatah.










