Freedom Flotila II Akan Diiringi Kapal Perang Turki

919

Pertubuhban Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) kini sedang bersiap untuk menganjurkan “Freedom Flotilla II” yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung rejim Israel.

Pengerusi IHH Bulent Yildrim (Gambar kanan)  dalam kenyataannya berkata bahawa organisasinya telah memulakan prosedur undang-undang dan kertas kerja yang diperlukan untuk mendapatkan permit untuk perjalanan.

bulent (2)Katanya, sebaik sahaja permit akhir dikeluarkan, IHH bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain akan segera menubuhkan konvoi bantuan kemanusiaan itu

Beliau yang juga penganjur utama ‘Freedom Flotilla I’ berkata, pasukan tentera Turki akan mengiringi kapal-kapal bantuan kemanusiaa untuk melindunginya daripada serangan tentera rejim Israel yang mungkin berulang.

Selaku rakyat Turki, beliau menuntut kerajaan untuk memberi perlindungan kepada mereka, agar tidak berlaku tragedi pembunuhan akibat serangan tentera zionis Israel pada Freedom Flotila 1

Maze Keheil, presiden Kempen Eropah untuk Mengangkat Pengepungan di Gaza, mengesahkan niat kempennya untuk mengambil bahagian dalam flotila yang baru, seperti yang berlaku dalam yang pertama pada tahun 2010 .