Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh di Gaza dalam serangan “tidak henti-henti” oleh kereta-kereta kebal dan meriam rejim zionis pada hari kedua serangan darat Israel.
Pengeboman tanpa belas kasihan rejim Israel dilaporkan bertujuan untuk memusnahkan terowong merentas sempadan yang dibina Hamas.
Al Jazeera melaporkan bom dibedil dari seberang sempadan timur Gaza pada hari Sabtu, dengan selang masa hanya kira-kira 10 saat antara setiap satu.
Kereta-kereta kebal telah bertumpu di sepanjang timur Gaza, yang bersempadan dengan Israel yang mengakibat ramai mangsa orang awam terkorban di kawasan itu.
Serangan meriam berat Israel pula telah dilaporkan menyeluruh kawasan-kawasan lain di wilayah kecil dengan pesawat tanpa pemandu ‘drone’, jet dan helikopter serangan meronda ruang angkasa.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata angka kematian sejak serangan lebih 12 hari lalu kini seramai 333 orang, termasuk 77 kanak-kanak, 24 wanita dan 18 warga emas, dan angka kecederaan melebihi daripada 2,385 orang.
Dalam perkembangan lain pada hari Sabtu, agensi tentera Mesir di utara Sinai telah menghalang sebuah konvoi aktivis bantuan daripada sampai ke lintasan Rafah bersempadan dengan Semenanjung Gaza.
Seorang pegawai tentera di pusat pemeriksaan Balloza, salah satu daripada pusat di sepanjang lebuh raya padang pasir ke Rafah, memberitahu, keadaan keselamatan terlalu tidak stabil untuk membenarkan konvoi 11 buah bas dan 500 aktivis untuk mara.
Terdapat pergelutan kecil berlaku antara beberapa aktivis dan tentera tetapi tiada tangkapan dibuat.
Mesir biasanya menutup persimpangan, ekoran satu operasi menentang pemberontakan yang terjadi di utara Sinai, tetapi telah membenarkan warga Palestin yang cedera masuk ke Mesir.
Tentera Mesir sebelum ini berkata ia telah menghantar 500 tan makanan dan pembantu perubatan ke Gaza.
Hamas telah enggan menerima gencatan senjata dengan Israel sehingga ia menerima jaminan bahawa semua lintasan sempadan ke Gaza dibuka kecuali satu yang terletak di bawah kawalan Israel.
Terdahulu di Israel, seorang awam terbunuh dan dua lagi cedera akibat serangan roket ke atas Israel yang meledak di kawasan masyarakat Badwi berhampiran Dimona, menjadikan jumlah kematian dua orang awam di pihak Israel.
Tentera berkata, seorang askar Israel terbunuh dalam kebakaran awal minggu ini.










