Amerika Batalkan Visa Sami Serang Muslim Sri Lanka

982

Amerika Syarikat (AS) membatalkan visa yang diberikannya kepada seorang sami Buddha Sri Lanka yang mengetuai kumpulan ‘garis keras’, dituduh terlibat dalam keganasan terhadap minoriti orang Islam Sri Lanka.

Pada Isnin, 15 Jun pertempuran meletus di Aluthgama dan Beruwela, dua bandar majoriti dengan penduduk Islam di pantai selatan pulau itu, semasa perarakan protes yang diketuai oleh kumpulan garis keras Bodu Bala Sena (BBS), atau “Kumpulan Kuasa Buddha”.

_75544335_mayday129Galagoda Aththe Gnanasara, seorang rahib Buddha dan Setiausaha Agung BBS, telah diberitahu keputusan itu, kata pegawai AS itu.

“Seorang pegawai dari Kedutaan Amerika Syarikat memanggil Gnanasara Thero (sami) pada hari Jumaat dan memberitahunya,

“bahawa Jabatan Negara (AS) mahu menyampaikan kepadanya bahawa dia tidak boleh menggunakan visa yang sedia ada untuk memasuki Amerika Syarikat,” kata jurucakap BBS Dilantha Vithanage kepada Reuters.

Jurucakap Kedutaan AS di Colombo berkata kerajaan Amerika Syarikat tidak akan mengulas keputusan Jabatan Negara mengenai kes visa individu.