Erdogan Sifatkan Ucap Tahniah Kepada El-Sisi Tidak Membawa Makna Apa-apa

1034

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berkata beliau menolak mesej tahniah yang dihantar oleh Presiden Turki Abdullah Gul kepada Abdel Fattah el-Sisi dan menyifatkannya ia tidak membawa apa-apa makna.

Erdogan menyelar negara-negara barat yang tidak mampu memanggil tindakan el-Sisi dan tenteranya menjatuhkan Presiden Mohamad Morsi sebagai satu ‘rampasan kuasa’.

“Negara-negara Barat dan seluruh dunia tidak boleh memanggil ia rampasan kuasa, mereka telah pun menghantar mesej ucapan selamat kepada orang yang telah datang selepas (bangkit dengan) rampasan kuasa dan dipilih dalam apa yang (kononnya) dikenali sebagai pilihan raya,” kata Erdogan pada Selasa 24 Jun, ketika meraikan para duta EU di majlis makan tengah hari.

erdogan“Tahniah itu tidak mempunyai makna, kerana kita tidak boleh mengucapkan tahniah kepada pentadbiran akibat (hasil) daripada rampasan kuasa,” kata Erdogan.

Abdullah Gul telah mengambil langkah pertama komunikasi rasmi antara kedua-dua negara dengan menghantar mesej tahniah sejak bekas jeneral Mesir itu merampas kuasa padabulan Jun lalu.

Gul ditanya sama ada hubungan dua hala antara Turki dan Mesir mungkin memasuki era baru memandangkan beliau baru-baru mengucapkan tahniah el-Sisi.

“Kami berada di kedua-dua pantai Mediterranean. Kami hampir seperti ‘kedua-dua bahagian epal yang sama,’ “kata Gul, dengan menggunakan simpulan bahasa Turki yang bermakna “dua jenis”

Musim luruh tahun lalu, Kaherah dan Ankara, masing-masing telah mengisytiharkan duta masing-masing ‘persona-non-grata’ dan saling mengurangkan tahap perwakilan, merosakkan hubungan dua hala yang telah lama