Berpuluh-puluh ribu rakyat berhimpun di seluruh Sepanyol untuk menuntut referendum ke atas penyingkiran keluarga diraja selepas Raja Juan Carlos.
Polis rusuhan telah bersiap sedia menghadapi puluhan ribu yang akan turun ke jalan-jalan di Madrid, Barcelona dan bandar-bandar lain di seluruh Sepanyol untuk menuntut undi sama ada mengekalkan atau menghapuskan keluarga diraja.
Raja Juan Carlos diaggap berjasa kerana mengetuai peralihan negara itu daripada pemerintahan diktator kepada demokrasi tetapi menghadapi skandal semasa krisis kewangan negara.
Bantahan rakyat dibuat walaupun Juan Carlos telah mengumumkan pada hari Isnin, beliau akan turun takhta dan digantikan anak beliau Felipe, bagi membuka ruang kepada henerasi baru Sepannyol
“Saya rasa ia adalah sangat baik (bahawa Raja turun takhta). Dia sepatutnya dilakukan ia masa yang lama dahulu. Pelepasan itu akan kembali kepada orang kedaulatan mereka,
“Di mana dia telah membuat kesilapan adalah untuk memberi kedaulatan kepada anaknya Felipe, yang tidak mempunyai keistimewaan ini.” kata aktivis Alfonso Vaquez.
Prince Felipe, 46, seorang bekas pelayar Olimpik, mungkin akan mengambil gelaran King Felipe IV sekiranya dilantik menjadi raja.
Pihak ‘paling kiri’ Sepanyol adalah yang paling lantang menggesa referendum untuk menghapuskan monarki Sepanyol selepas raja membuat pengumuman beliau.
Juan Carlos telah berada di atas takhta selama 39 tahun dan merupakan seorang wira kepada ramai rakyat Sepanyol kerana melakukan transformasi demokrasi dan ekonomi Sepanyol.
Beliau berkuasa pada tahun 1975, dua hari selepas kematian diktator Francisco Franco.
Populariti beliau telah merudum berikutan skandal diraja, termasuk satu kes yang melibatkan perjalanan mewah bergajah untuk memburu pada tahun 2012, ketika kemuncak krisis kewangan Sepanyol.
Lawatan ke Botswana Afrika itu, yang menjadi perhatian umum apabila beliau patah pinggul kanannya dan diterbangkan rumah persendirian untuk pembedahan.
Kejadian itu telah mendedahkan keadaan hidup sebenarnya Juan Carlos yang sebelumnya membuat kenyataan, kononya beliau tidak dapat tidur kerana memikirkan masalah anak-anak muda ramai yang tiada pekraan dan menganggur.
Anak perempuan Juan Carlos iaitu Puteri Cristina, dan suaminya, Iñaki Urdangarin, juga di bawah siasatan dalam kes rasuah.










