Pertamanya, saya merafaqkan berbanyak kesyukuran kehadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kesihatan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
AlhamduliLlah, beliau telah dpindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.
Ketika ini saya yang mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sedang menziarahi beliau di Medical universiti di Istanbul dan kelihatn makin sihat.
Beliau sudah boleh bangun dan berdiri sendiri serta boleh berjalan ke bilik air.
Beliau kelihatan ceria dan menceritakan tentang kejadian yang berlaku terhadap beliau setelah sempat memberikan ucapan di persidangn umat Islam d Istanbul. Apapun buat waktu ini beliau masih perlu banyak berehat setelah terlalu sibuk beliau dengan urusan jamaah dan Parti.
Pada kesempatn ini juga, saya berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepad semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tuan Guru Presiden.
Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada yang sentiasa menjaga beliau termasuk para doktor yang telah memberikan khidmat terbaik, pihak kerajaan Turki dan Jamaah Parti Saadat serta ahli keluarga dan tidak ketinggalan Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri yang sentiasa menemani beliau.
Terima kasih juga kepada pihak Duta Malaysia di Tuki yang turut serta hadir dan memberi khidmat bantuan kepada Presiden PAS.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Abdul Hadi, semoga beliau cepat sembuh dan segera pulang untuk memimpin gerakan Islam dan PAS di tanah air tercinta.
YB Ustaz Satiful Bahri B. Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.
3hb. Jun, 2014










