Hamdallah Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Palestin

1035

Rangkaian Berita Pelstin (Palestine News Network) melaporkan, menurut sumber Palestin di Gaza, Fatah dan Hamas telah bersetuju mengenai pelantikan Rami Hamdallah sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan perpaduan baru.

Sumber itu berkata bahawa kerajaan baru akan melantik 15 menteri termasuk dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, tetapi beliau tidak mendedahkan nama-nama mereka.

Tambahnya Azam al-Ahmad, Ketua Penyelarasan Kumpulan Fatah, akan melawat Gaza hujung minggu ini untuk meluluskan kerajaan baru.

Pada 23 April lalu, Kumpulan Penyesuaian Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hamas menandatangani perjanjian perdamaian antara parti-parti politik Palestin, dan menetapkan jadual untuk membincangkan perjanjian titik seterusnya.