Terengganu, Malaysia

‘Nakba’ Tidak Pernah Berhenti

s01_19292483

Pada hari Khamis lalu genaplah 66 tahun memperingati Nakba, hari ‘bencana’ penciptaan Israel dega bantuan kuasa-kuasa Barat, mengusir beramai-ramai penduduk Palestin.

Pada tahun 1948, lebih daripada 800,000 rakyat Palestin kira-kira 67 peratus daripada penduduk ketika itu terpaksa melarikan diri atau telah diusir dengan kekerasan dari rumah mereka dan dihalang daripada kembali.

mideast-israel-palestiniansHari ini warga Palestin berjumlah kira-kira 11.8 juta, separuh daripada mereka tinggal di Tebing Barat yang diduduki dan Semenanjung Gaza, atau dalam negara Israel sendiri.

Bagi hampir enam juta rakyat Palestin yang tinggal di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, Nakba adalah satu proses yang berterusan dan tidak pernah berhenti, kerana Israel menggunakan pelbagai alat untuk menyekat mata pencarian mereka.

Mereka kekal terdedah kepada pengusiran, melihat pemilikan tanah air mereka sendiri yang semakin terhakis, dengan kira-kira separuh daripada kawasan yang diduduki rejim Israel di Tebing Barat sudah tidak boleh diakses kepada rakyat Palestin.

Ia ditetapkan sebagai zon tentera atau rizab alam semula jadi oleh rejim Israel, atau diketepikan untuk penempatan Israel di masa hadapan.

Pertumbuhan penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki mencecah tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada 2013, dan kerajaan Israel merekod wilayah Palestin sebagai sebahagian ‘tanah negeri’ Isarel.

Beratus-ratus keluarga pula telah dihalau dari rumah mereka, sama ada secara paksa, dengan jentolak, atau melalui mahkamah.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan